image

Buku TRANSKRIPSI RAKAMAN TEMU BUAL SEJARAH LISAN ini dihasilkan berdasarkan kepada penyelidikan tentang kepentingan mendokumentasikan sejarah lisan. Kini, kepentingan sejarah lisan tidak dapat dinafikan malah menjadi sumber primer dan utama dalam menghasilkan sesebuah kajian. Maklumat yang diperoleh untuk menghasilkan buku panduan ini adalah daripada pelbagai sumber seperti temu bual, pemerhatian, serta beberapa penulisan dan penerbitan dari dalam dan luar negara. Pelbagai aspek penting diterangkan di dalam buku ini dan ia bersesuaian untuk para profesional yang terlibat dalam penyelidikan yang menggunakan kaedah sejarah lisan dalam proses dapatan sesuatu kajian. Selain ia diterbitkan untuk membantu para pelajar, penyelidik serta juru transkripsi, ia juga khusus kepada mereka yang baru memulakan atau tiada latihan khusus dalam menyediakan buku transkrip sejarah lisan yang baik mengikut kesesuaian semasa. Dengan terbitnya buku panduan ini, usaha untuk mendokumentasikan sejarah lisan dapat dilaksanakan dengan lebih baik dan sekali gus menjadi standard dalam penyelidikan para penyelidik, pengkaji sejarah mahupun para pelajar.


Instructor Biography

Jannatul Iza Ahmad Kamal, M.Sc in Information Management, B.Sc. Information Studies (Information System Management) (Hons), Diploma in Information Management. (UiTM) Jannatul Iza merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM dan mula menceburi bidang penyelidikan dan pentadbiran arkib di Universiti Lim Kok Wing dan kini beliau mempunyai pengalaman mengajar lebih 10 tahun dalam bidang pengurusan maklumat khususnya pentadbiran arkib, sejarah lisan, pemerihalan dan pendeskripsian bahan arkib dan perancangan dan rekabentuk bangunan arkib dan pusat rekod. Mempunyai pengalaman hampir 15 tahun dalam bidang pengurusan dan pentadbiran rekod, beliau dilantik sebagai pakar rujuk kepada beberapa buah organisasi swasta dan juga merupakan Felo Jabatan Arkib Universiti, UiTM pada 2019-2020.

Nik Azliza Nik Ariffin, M.Sc in Information Management, (UiTM) B.HSc Political Science (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) Nik Azliza Nik Ariffin adalah pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bermula kerjaya pada tahun 1999 sebagai pensyarah dan mempunyai pengalaman mengajar selama 21 tahun dalam bidang pengurusan rekod terutamanya dalam bidang pengurusan rekod perubatan, pengurusan maklumat kesihatan, sejarah lisan, pendokumentasian pengetahuan tacit dan pengurusan rekod repositori. Banyak terlibat dengan projek-projek pengurusan rekod di hospital kerajaan dan swasta dan pejabat tanah. Beliau merupakan pakar rujuk bagi beberapa buah organisasi swasta dan jabatan kerajaan termasuk Jabatan Arkib Universiti UiTM. Beliau juga mendapat pengiktirafan luar negara menjadi pakar rujuk dalam bidang pengurusan rekod perubatan di Indonesia.

Jafalizan Md. Jali, M.Sc (Information Management) B.Sc. Information Studies (Records Management) (Hons), B.Ed. (TESL) (Hons), Diploma in Information Management (UiTM) Jafalizan merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau merupakan pakar rujuk (Resource Person) bagi kursus Pendokumentasian Lisan di fakulti. Berpengalaman mengajar dalam bidang pengurusan maklumat terutamanya dalam bidang sejarah lisan, pemuliharaan bahan arkib, penilaian dan pelupusan rekod, pemerihalan dan pendiskripsian bahan dan pengurusan rekod dan arkib. Beliau aktif menjadi pakar rujuk untuk beberapa buah organisasi dan arkib universiti. Bergiat aktif dalam membuat penyelidikan menggunakan kaedah sejarah lisan dan sering dijemput untuk memberikan ceramah dan bengkel mengenai sejarah lisan dalam dan luar negara.

Aliza Ismail, PhD. in Information Management (2010) specializing in Electronic Records Management (UiTM), Masters of Arts in Records and Archives (Monash University, Australia – 1995), Postgraduate Diploma in Information Management – Archives Administration (University of New South Wales, Australia – 1983) and Bachelor of Arts (Honors) in Southeast Asian Studies (University of Malaya – 1981) Dr. Aliza Ismail telah bersara sebagai warga Fakulti Pengurusan Maklumat pada tahun 2019. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah dalam bidang pengurusan rekod dan pentadbiran arkib sejak tahun 1998. Tumpuan bidang penyelidikan beliau juga meliputi pemeliharaan rekod arkib digital, pengurusan rekod perubatan dan penyelidikan sejarah lisan. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Pegawai Arkib di Arkib Negara Malaysia selama 16 tahun sebelum dilantik sebagai pensyarah di Universiti Teknologi MARA.

Reviews

  • image

    Buku ni sangat membantu saya dalam membuat transkrip, terima kasih kepada pensyarah saya Madam Nik Azliza dan Sir Jafalizan rekomendasikan saya buku ini. ??

    16/12/2022 09:10:48

  • image

    This book is very suitable for my course this semester. I highly recommend this book for students who take the subject IMR604 - Oral Documentation (UiTM). Btw, this eBook was a recommendation book from my lecturer.

    05/07/2022 14:08:25

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.