image

Evolusi Bahasa Melayu : 2000 tahun dari Zaman Purba ke Budaya Elektronik merakamkan 2000 tahun evolusi bahasa Melayu di Nusantara dengan perincian terhadap pragmatik bahasa Melayu di alam siber atau budaya elektronik yang menjadi mercu tanda komunikasi hari ini. Buku ini juga merakamkan secara komprehensif evolusi bahasa Melayu di Singapura sejak perpisahan dari Malaysia hingga ke hari ini dari perspektif dasar, pragmatik dan masa depan bahasa Melayu di Singapura. Selain mengemukakan pendekatan baru dalam menganalisis evolusi bahasa Melayu dengan menggunakan landasan teori Evolusi Darwin.


Instructor Biography

Mohamed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz ialah tokoh muda dan nara sumber pengajian bahasa Melayu kontemporari di Singapura. Beliau merupakan pengkaji pertama yang membuat penelitian rapi terhadap evolusi bahasa Melayu di alam siber sekali gus menyusun perkembangan bahasa Melayu Nusantara secara sistematik dari awal hingga ke hari ini dan menganalisis pembiakan bahasa Melayu berdasarkan teori Evolusi Darwin. Beliau merupakan anggota seumur hidup Golden Key National Honor Society (Amerika). Pemah berusaha selaku Setiausaha Kehormat Majlis Bahasa Melayu Singapura dan wakil tetap Singapura ke MABBIM. Mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Sarjana Sastera dari Universiti Teknologi Nanyang. Kini bertugas selaku penyelaras Program Latihan Khas (Bahasa lbunda), Institut Pendidikan Nasional, Universiti Teknologi Nanyang, Singapura. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.