image

Buku ini dihasilkan untuk kegunaan murid-murid Ijazah Sarjana Muda dan guru-guru mata pelajaran Pendidikan Jasmani kerana kandungannya boleh dijadikan panduan serta menepati kaedah mengajar dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Buku ini mengandungi 14 bab utama yang menjelaskan dengan terperinci berkaitan pengenalan Pendidikan Jasmani, keperluan Pendidikan Jasmani yang berkualiti serta stail-stail pengajaran Pendidikan Jasmani. Selain itu, ia juga memberi contoh rancangan mengajar mengikut setiap stail pengajaran sebagai panduan dan rujukan kepada pembaca.


Instructor Biography

Norkhalid Salimin memperoleh Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Sains Sukan) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aktif dalam bidang kaedah pengajaran dan pentaksiran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.

Julismah Jani memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Jasmani) dari Universiti Putra Malaysia. Bidang kepakaran beliau ialah kurikulum dan metodologi dalam Pendidikan Jasmani.

Mohd Izwan Shahril kini sedang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aktif dalam bidang kaedah pengajaran dan pentaksiran Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.

Rozaireen Muszali berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (Pendidikan Sains Sukan) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Bidang kepakaran beliau ialah kurikulum dan pedagogi dalam Pendidikan Jasmani.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.