image

Kita tidak mampu berdiri sendiri kerana kejayaan kita hari ini berkat doa guru, ibu dan ayah serta mereka di sekeliling kita. Pengorbanan yang mereka berikan tidak mampu dibalas dengan wang ringgit dan harta yang bernilai melainkan doa dan harapan agar semoga setiap jasa yang dicurahkan setulus hati itu dapat dibalas dengan pahala dan kebaikan.

Itulah kisah suka dan duka kehidupan yang dikongsi oleh 16 orang penulis ini. Mereka menukilkan kisah-kisah benar insan yang hebat dan memberi impak bermakna dalam kehidupan mereka.

Kisah ini mungkin kisah insan biasa tetapi bertindak secara luar biasa dan mampu memberi inspirasi kepada pembaca. Mereka adalah guru super dalam universiti kehidupan.


Instructor Biography

MAWADDAH MOHD NOR merupakan guru Bahasa Arab berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah (Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir) dan Ijazah Sarjana Muda Perbandingan Mazhab Dan Hukum (UIAN Sultan Thaha Saufuddin, Jambi). Antara karya yang pernah diterbitkan ialah antologi Terima Kasih, Cikgu! (2018), Hijrah Kehidupan (2018), Murabbi dalam Hatiku (2019) dan Aksara Kehidupan (2020).

DR. NADHILAH ABDUL PISAL merupakan pensyarah kanan bahasa Arab di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis. Beliau merupakan graduan Doktor Falsafah Pengajian Bahasa Arab dari Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu. Selain menulis dalam bidang akademik, beliau turut menghasilkan karya kompilasi kisah hidup untuk pedoman para pembaca.

DR. ZURIDAH HANIM DATO' MD. AKHIR merupakan Guru Cemerlang Perpustakaan dan Media yang aktif menyampaikan ceramah, bengkel dan memberi khidmat nasihat pengurusan Pusat Sumber dan NILAM. Berkelulusan PhD Pendidikan daripada Universiti Utara Malaysia, beliau juga menulis di majalah, cerpen kanak-kanak, buku antologi, buku solo serta kertas akademik khususnya berkaitan Pusat Sumber Sekolah dan aktiviti galakan membaca.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.