image

Buku ini bertujuan menunjukkan tentang keupayaan sistem maklumat geografi dalam perancangan pembangunan guna tanah menerusi pemodelan pembangunan guna tanah komersil. Di samping itu, banyak konsep, teori dan model yang berkaitan dengan pembangunan guna tanah yang dibincangkan secara terperinci. Sistem maklumat geografi menyediakan keupayaan untuk menginput, menyimpan, mengurus, mengolah, menganalisis dan memaparkan data yang merujuk kepada ruang. Sistem maklumat geografi menyediakan kerangka bagi mengintegrasikan jumlah data reruang yang banyak daripada pelbagai sumber dan jangka masa serta pembentukan sistem sokongan pembuatan keputusan bagi aktiviti pengurusan dan perancangan. Oleh itu buku ini amat berguna kepada para pelajar di institut pengajian tinggi, pegawai kerajaan dan swasta yang berminat dalam sistem maklumat geografi.


Instructor Biography

Mohd Faris Dziauddin ialah seorang pensyarah di Jabatan Geografi, Fakulti Sains Kemanuisaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau turut terlibat dalam aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan aplikasi sistem maklumat geografi.

Profesor Madya Dr. Fuslan Rainis ialah seorang pensyarah di Bahagian Geografi, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Banyak aktiviti penyelidikan yang berkaitan dengan aplikasi sistem maklumat geografi yang dihasilkan, antaranya Pengenalan Sistem Maklumat Geografi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.