image

Produk kesusasteraaan klasik bangsa-bangsa di dunia mencerminkan citra manusia yang menghasilkannya. Oleh sebab itu, kita dapat melihat gelagat, cita rasa, kepercayaan, pandangan hidup dan jati diri Melayu yang terpancar dalam timbunan karya yang digelar Kesusasteraan Melayu Kasik itu. Hal-hal termaklum disorot dalam buku kecil ini bukan sekadar untuk bernostalgia malahan menimbulkan kesedaran terhadap perlunya kembali menjadi Melayu tulen yang tahan uji – gagah merempuh ranjau kehidupan. Menongkah globalisasi bermakna perlu lahir Melayu Baru yang sopan, lembut tetapi tegas, bijaksana dan kental keislamannya. Formulanya telah berabad-abad didokumentasikan dalam Prosa dan Puisi Melayu Klasik. Perkara yang perlu dilakukan pada masa kini ialah menyaring untuk mengasingkan baik dan buruknya. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.


Instructor Biography

Drs. Harun Jaafar dilahirkan di Relau, Kedah pada 4 Februari 1950. Menerima pendidikan guru di Maktab Perguruan Harian, Johor Bahru. Beliau pernah mengajar di Pahang, Terengganu dan Selangor. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan Sastera Indonesia) dari Universitas Nasional Jakarta, Ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkhidmat sebagai pensyarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Teori Sastera dan Penilaian dalam Pendidikan Kesusasteraan Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.  Beliau telah menulis dan menyunting puluhan buku rujukan dan ilmiah seperti Kamus KBSR, Raja Sore dan Hikayat Amir Arab. Di samping itu, beliau juga aktif menulis rencana dan karya-karya kreatif dalam akhbar dan majalah.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.