product-view

Rahsia Berjaya dan Bahagia

Category :  E-Books
Publisher :  DDJA RICH RESOURCES
( 70 )

$ 6.21 $ 4.66 25% Off

Description

Buku yang bertajuk “Rahsia Berjaya dan Bahagia” ini mendedahkan tentang tips dan amalan yang boleh digunakan oleh setiap insan yang hidup di muka bumi ini, yang bercita-cita untuk mendapatkan kejayaan dan bahagia dalam hidup. Seseorang itu perlulah mempunyai ilmu, kemahiran dan atitude atau sikap yang efektif untuk  berjaya dalam hidup. Kejayaan tidak akan hadir tanpa adanya usaha, doa dan tawakal. Amalan-amalan tertentu perlulah dijadikan habit yang perlu diamalkan secara konsisten dan penuh keyakinan.Buku yang bertajuk “Rahsia Berjaya dan Bahagia” ini mendedahkan tentang tips dan amalan yang boleh digunakan oleh setiap insan yang hidup dimuka bumi ini, yang bercita-cita untuk mendapatkan kejayaan dan bahagia dalam hidup. Seseorang itu perlulah mempunyai ilmu, kemahiran dan atitude atau sikap yang efektif untuk berjaya dalam hidup. Kejayaan tidak akan hadir tanpa adanya usaha, doa dan tawakal. Amalan-amalan tertentu perlulah dijadikan tabiat (Habit) yang perlu diamalkan secara konsisten dan penuh keyakinan.


Goals/Objectives

Antara topik yang diketengahkan di dalam buku ini adalah tentang menjaga hubungan dengan Tuhan, mencari ketenangan, mencintai diri sendiri, menjaga hubungan sosial dan amalan hukum tarikan. Diharapkan ilmu  yang diperolehi daripada senaskah buku ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita untuk terus hidup di dunia ini dengan jayanya dan bahagia, tetapi juga  memberi manfaat kepada semua insan di sekeliling kita. Amalan-amalan daripada buku " Rahsia Berjaya dan Bahagia " ini perlulah dibaca dan dipraktikkan. Dengan izin Allah s.w.t, jika amalan "Rahsia Berjaya dan Bahagia" ini dapat diamalkan secara ikhlas, berterusan dan istiqamah, disertakan dengan usaha dan doa, apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah.

Jadikan amalan-amalan ini sebagai sebahagian daripada hidup kita. Semoga kita menjadi jutawan dunia dan akhirat.

Instructor Biography

BIODATA PENULIS

Jamilah Ahmad, Phd

Jamilah Ahmad adalah seorang ahli akademik, motivator, penulis, pengamal Law of Attraction, certified trainer of NLP dan certified Insighful Solution Therapy. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sekolah dan pernah menjadi tutor Diraja dua orang puteri kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Anak Puteri Azeemah dan Pengiran Anak Puteri Fadzillah. Kini beliau menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Malaysia. 

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di Kulai, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan telah memperolehi Diploma Pengajian Inggeris (Institut Perguruan Batu Pahat), Ijazah Sarjana Muda Perniagaantani (Universiti Putra Malaysia), Ijazah Sarjana Pengurusan dan Pentadbiran dan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan dan Pentabiran (Universiti Teknologi Malaysia).

Antara pencapaian beliau adalah terpilih menjadi Ketua Panitia di sekolah, dilantik menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan daerah Kulai Jaya dan Negeri Johor, menerima Anugerah Cemerlang, menulis buku dan jurnal, membentangkan kertas kajian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menjadi motivator dan penceramah Motivasi Insan Cemerlang sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor serta menjadi penyelidik beberapa kajian penting di universiti.

Menerima beberapa anugerah daripada pihak fakulti dan universiti, antaranya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Penulis Journal Indeks. Beliau juga menganggotai badan-badan antarabangsa dan menjadi pakar rujuk, antaranya Business Council Province of Riau, Indonesia dan Forum Silaturahim Nusantara Sultan-sultan Indonesia. Beliau juga berminat di dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan beberapa buah buku diantaranya buku Tarik Rezeki dan Bahagia dan Kepimpinan Berprestasi Tinggi di Malaysia.

 

Adid Rashed

Adid Rashed atau nama sebenar Nur Mardhiah binti Hj Mohd Rashid bertugas di Bahagian Psikologi dan Kaunseling di sebuah agensi kerajaan. Beliau merupakan Pengamal Psikologi, motivator, trainer dan penulis. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di Yong Peng, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan telah memperolehi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (bidang Psikologi) daripada Kolej Darul Hikmah dan Open University of Malaysia. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Psikologi, Kaunseling, khidmat bantu serta kemasyarakatan. Beliau sangat aktif dalam perundingan dan latihan, pembinaan modul-modul bengkel serta seminar berkaitan psikologi, kaunseling dan pembangunan insan dan kemasyarakatan di pelbagai agensi kerajaan dan korporat di Malaysia.

Beliau mula berkecimpung di dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi. Minat yang mendalam di dalam bidang penulisan mendorong beliau untuk menghasilkan lebih banyak karya pelbagai genre, antaranya menulis untuk beberapa projek antologi dan buku juga e-book. Antara naskah beliau adalah Projek Orkid; Masih ada yang Sayang (Kisah Pejuang Kesihatan Mental). Antologi Apa lagi yang lebih membahagiakan, Antologi Puisi Tarian Tinta, dan beberapa lagi yang masih dalam proses penerbitan.

Beliau juga merupakan Ahli USIM Writers Pool (UWP), Ahli Kelab Persatuan Penulis Muda Malaysia (KPMM) serta Trainer kepada penulis-penulis baru yang ingin berjinak dalam dunia penulisan e-book dan buku.

Copyright © 2020 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.