image

Naskah yang bertajuk “Puisi Untuk Nadia” ini merupakan kompilasi puisi untuk tatapan dan bacaan umum yang berkisarkan cinta, kasih sayang, kehidupan dan kehilangan. Sudah menjadi lumrah hidup manusia, kadangkala kita merasa gembira, bahagia dan kadangkala, kita merasa kecewa dan sedih di atas kehilangan. Walau apa pun yang berlaku dalam kehidupan, selagi kita bernafas di muka bumi ini, kita hendaklah  bersyukur kepada Allah di atas nikmat dan pemberiannya, dan kita juga perlu sentiasa redha pada qada’ dan qadar NYA. Diharapkan puisi-puisi yang ternukil di dalam naskah ini dapat menjentik hati pembaca untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, serta bersemangat dan bangkit di atas apa yang dilalui di dalam kehidupan. Selamat membaca dan semoga semua pembaca sentiasa dirahmati Allah. Insya Allah...  Amin Ya Allah Ya Mujib.


Goals/Objectives

Diharapkan puisi-puisi yang ternukil di dalam naskah ini dapat menjentik hati pembaca untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah, serta bersemangat dan bangkit di atas apa yang dilalui di dalam kehidupan. Selamat membaca dan semoga semua pembaca sentiasa dirahmati Allah. Insya Allah...  Amin Ya Allah Ya Mujib.

Instructor Biography

Jamilah Ahmad, Phd

Jamilah Ahmad adalah seorang ahli akademik, motivator, penulis, pengamal Law of Attraction, certified trainer of NLP dan certified Insighful Solution Therapy. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sekolah dan pernah menjadi tutor Diraja dua orang puteri kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Anak Puteri Azeemah dan Pengiran Anak Puteri Fadzillah. Kini beliau menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Malaysia. 

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di Kulai, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan telah memperolehi Diploma Pengajian Inggeris (Institut Perguruan Batu Pahat), Ijazah Sarjana Muda Perniagaantani (Universiti Putra Malaysia), Ijazah Sarjana Pengurusan dan Pentadbiran dan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan dan Pentabiran (Universiti Teknologi Malaysia).

Antara pencapaian beliau adalah terpilih menjadi Ketua Panitia di sekolah, dilantik menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan daerah Kulaijaya dan Negeri Johor, menerima Anugerah Cemerlang, menulis buku dan jurnal, membentangkan kertas kajian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menjadi motivator dan penceramah Motivasi Insan Cemerlang sekolah rendah dan menengah di Negeri Johor serta menjadi penyelidik beberapa kajian penting di universiti.

Menerima beberapa anugerah daripada pihak fakulti dan universiti, antaranya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Anugerah Penulis Journal Indeks. Beliau juga menganggotai badan-badan antarabangsa dan menjadi pakar rujuk, antaranya Business Council Province of Riau, Indonesia dan Forum Silaturahim Nusantara Sultan-sultan Indonesia. Beliau juga berminat di dalam bidang penulisan dan berjaya menghasilkan beberapa buah buku diantaranya buku Tarik Rezeki dan Bahagia, Kepimpinan Berprestasi Tinggi di Malaysia, Rahsia Berjaya dan Bahagia dan Pengurusan Diri dan Emosi.

 

Adid Rashed

Adid Rashed atau nama sebenar Nur Mardhiah binti Hj Mohd Rashid bertugas di Bahagian Psikologi dan Kaunseling di sebuah agensi kerajaan. Beliau merupakan Pengamal Psikologi, motivator, trainer dan penulis. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di Yong Peng, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan telah memperolehi Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (bidang Psikologi) daripada Kolej Darul Hikmah dan Open University of Malaysia. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam program Ijazah Sarjana Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang Psikologi, Kaunseling, khidmat bantu serta kemasyarakatan. Beliau sangat aktif dalam perundingan dan latihan, pembinaan modul-modul bengkel serta seminar berkaitan psikologi, kaunseling dan pembangunan insan dan kemasyarakatan di pelbagai agensi kerajaan dan korporat di Malaysia.

Beliau mula berkecimpung di dalam bidang penulisan sejak di bangku sekolah lagi. Minat yang mendalam di dalam bidang penulisan mendorong beliau untuk menghasilkan lebih banyak karya pelbagai genre, antaranya menulis untuk beberapa projek antologi dan buku juga e-book. Antara naskah beliau adalah Projek Orkid; Masih ada yang Sayang (Kisah Pejuang Kesihatan Mental). Antologi Apa lagi yang lebih membahagiakan, Antologi Puisi Tarian Tinta, , Rahsia Berjaya dan Bahagia dan Pengurusan Diri dan Emosi, dan beberapa lagi yang masih dalam proses penerbitan.

Beliau juga merupakan Ahli USIM Writers Pool (UWP), Ahli Kelab Persatuan Penulis Muda Malaysia (KPMM) serta Trainer kepada penulis-penulis baru yang ingin berjinak dalam dunia penulisan e-book dan buku.

Reviews

  • image

    Sy Kitsui

    Touching and interesting

    14/09/2020 17:45:26

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.