image

Tarik Rezeki dan Bahagia” ini memaparkan antara tips dan amalan yang boleh digunakan oleh setiap insan yang hidup di muka bumi Allah ini, yang bercita-cita untuk menarik rezeki ke dalam hidup masing-masing. Di samping memiliki rezeki melimpah ruah, harta benda dan kemewahan, diharapkan wujud rasa bahagia dalam meneruskan kehidupan sehari-harian bersama orang-orang yang tersayang. Diharapkan ilmu yang diperolehi daripada senaskah buku ini bukan sahaja memberi kesan kepada diri kita untuk terus hidup di dunia tetapi juga  memberi manfaat kepada semua insan di sekeliling kita.


Goals/Objectives

Ada orang memiliki kekayaan tetapi tidak merasa bahagia. Ada orang yang hidup miskin dan serba kekurangan tetapi masih bisa tersenyum. Ada juga orang yang tidak memiliki harta kekayaan dan juga tidak bahagia, kerap mengeluh dan selalu menyalahkan takdir. Lebih aib lagi, ada insan yang miskin tetapi tidak mahu berusaha dan menjadikan sikap meminta-meminta sebagai tabiat sehinggakan sanggup menipu dan mencuri untuk memiliki apa yang dihajati. Bagaimanakah untuk memiliki harta kekayaan, rezeki yang halal dan berkat serta sentiasa merasa bahagia?

Amalan-amalan daripada buku "Tarik Rezeki dan Bahagia" ini perlulah dibaca dan dipraktikkan. Dengan izin Allah swt, jika amalan "Tarik Rezeki dan Bahagia" dapat diamalkan secara ikhlas, berterusan dan istiqamah, disertakan dengan usaha dan doa, apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah. Insya Allah! Selamat membaca dan semoga semua pembaca dirahmati Allah. Semoga kita menjadi jutawan dunia dan akhirat. Insya Allah... Aminn Ya Rabb.

Instructor Biography

Jamilah Ahmad adalah seorang ahli akademik, motivator, penulis dan pengamal Law of Attraction. Beliau pernah berkhidmat sebagai guru sekolah dan pernah menjadi tutor Diraja dua orang puteri kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah iaitu Pengiran Anak Puteri Azeemah dan Pengiran Anak Puteri Fadzillah.

Kini beliau menjawat jawatan Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Malaysia. Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah dan menengah di Kulai, Johor. Kemudian beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan telah memperolehi Diploma Pengajian Inggeris (Institut Perguruan Batu Pahat), Ijazah Sarjana Muda Perniagaantani (Universiti Putra Malaysia), Ijazah Sarjana Pengurusan dan Pentadbiran dan Ijazah Doktor Falsafah Pengurusan dan Pentabiran (Universiti Teknologi Malaysia).

Antara pencapaian beliau adalah terpilih menjadi Ketua Panitia di sekolah, dilantik menjadi Jurulatih Utama Kajian Tindakan daerah Kulaijaya dan Negeri Johor, menerima Anugerah Cemerlang, menulis buku dan jurnal, membentangkan kertas kajian di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, menjadi motivator dan penceramah Motivasi Insan Cemerlang sekolah rendah dan menengah di  Negeri Johor serta menjadi penyelidik beberapa kajian penting di universiti.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.