image

Sebuah dokumentasi bergambar beserta penerangan mengenai keunikan dan keistimewaan makanan tradisi, seni warisan masyarakat tempatan dan pahlawan terbilang negeri Pahang. Objektif utama penulis adalah untuk memperkenalkan kebanggaan rakyat negeri Pahang kepada semua. Ilustrasi kartun nukilan kartunis Aza (Ikon Kartunis Pahang 2019) yang ditonjolkan merupakan satu seni bertaraf antarabangsa. Ilustrasi ini juga merupakan kebanggaan rakyat negeri Pahang, di mana ia dapat mengetengahkan warisan bangsa ke persada dunia.


Instructor Biography

SULAILA BAKAR
Sulaila Bakar adalah Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka. Beliau memulakan karier dalam bidang pendidikan pada tahun 1990. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Linguistik (Bachelor Degree in Linguistics) dan Ijazah Sarjana Muda Jurnalisme (Bachelor Degree in Journalism) dari California State University Fresno, USA pada tahun 1987. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana dalam Pendidikan TESL dari University of San Francisco, California, USA pada tahun 1989.

 

NURMA ABDUL MANAP
Nurma Abdul Manap adalah Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub. Beliau mula mengajar pada tahun 1993 dan memulakan perkhidmatan dengan UiTM pada tahun 2009. Beliau memperoleh Diploma Perguruan Malaysia melalui program Kursus Dalam Cuti (KDC) dari Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Semambu, Kuantan pada tahun 1998. Beliau juga memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kepujian) Bachelor of Education (Hons) (TESL) pada tahun 2007 dan Ijazah Sarjana Pendidikan Master of Education (TESL) dari Universiti Putra Malaysia pada tahun 2008.

 

MAZNI MUSLIM
Mazni Muslim adalah Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub. Beliau mula mengajar di UiTM sejak tahun 2001. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan Bahasa Inggeris & Kesusasteraan (Bachelor of Human Sciences in English Language & Literature) pada tahun 1989 dan Ijazah Sarjana Sains Kemanusiaan Kesusasteraan Bahasa Inggeris (Master of Human Sciences in English Literary Studies) pada tahun 2001 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada 2022, menerima Ijazah Kedoktoran (English Literary Studies) dari Universiti Islam Antarabangsa.

 

TENGKU NAZATUL SHIMA TENGKU PARIS
Tengku Nazatul Shima Tengku Paris adalah pensyarah kanan di Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub. Beliau mula berkhidmat di UiTM pada tahun 2008. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Inggeris (Bachelor of Arts in English Language Teaching) di University of Stirling, Scotland pada 1997, Ijazah Sarjana TESL (Master of Human Sciences in Teaching English as a Second Language) di Universiti Putra Malaysia pada 2004 dan menerima Ijazah Kedoktoran (English Language Studies) dari Universiti Islam Antarabangsa pada Julai 2020.

 

NORHIDAYAH MD YUSOF
Norhidayah Md Yusof adalah pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Jengka dan memulakan karier sejak 2012. Beliau memperoleh Diploma Komunikasi Bahasa Inggeris (Diploma in English Communication) pada tahun 2008 di Kolej Profesional MARA Indera Mahkota. Seterusnya, memperoleh Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Pengajian Bahasa Inggeris (Degree of Arts with Honours in English Language Studies) pada tahun 2011 dan Ijazah Sarjana Pengajian Bahasa Inggeris (Master of Arts in English Language Studies) pada tahun 2015 di Universiti Kebangsaan Malaysia.

 

HANANI MOHAMED HAMDAN
Hanani Mohamed Hamdan adalah pensyarah di Akademi Pengajian Bahasa Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pahang Kampus Raub. Beliau memulakan kerjaya pada tahun 2016. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Bahasa Inggeris (Bachelor of Arts in English Language) pada tahun 2013 di Universiti Putra Malaysia. Seterusnya, memperoleh Ijazah Sarjana Linguistik Terapan (Master of Arts in Applied Linguistics) pada tahun 2015 di Universiti Utara Malaysia.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.