image

Pengurusan Maklumat Islam merupakan subjek yang ditawarkan kepada para pelajar peringkat Diploma Pengurusan Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik di Universiti Teknologi MARA seluruh Malaysia. Buku ini boleh dijadikan rujukan kepada para pelajar, malah boleh dirujuk oleh orang awam bagi meneliti perihal pengurusan maklumat dari perspektif Islam. Pembaca didedahkan dengan kerangka epistemologi Islam dan perkembangan institusi maklumat Islam daripada zaman Rasulullah SAW sehingga kini. Turut dibincangkan bab mengenai kecemerlangan ilmu dan institusi maklumat Islam dengan fokus kepada Bayt al-Hikmah sebagai model. Ekoran daripada kerencaman maklumat yang disajikan hari ini, buku ini turut mengupas model piawaian dan etika pengurusan maklumat menurut Islam. Aplikasi daripada prinsip dalam kaedah Ulum al-Quran dan Ulum al-Hadis dianalisis ke dalam situasi pengurusan maklumat masa kini. Seterusnya, terdapat bab yang mengenengahkan Rasulullah SAW sebagai model pengurus maklumat yang boleh dijadikan panduan masa kini. Akhir sekali, cabaran berkenaan pengurusan maklumat dibincangkan berserta cadangan penyelesaian dari sudut etika dan perundangan.


Instructor Biography

Nursafra Mohd Zhaffar merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA Cawangan Negeri Sembilan Kampus Rembau. Beliau pernah berkhidmat di Kolej Komuniti selama 10 tahun. Anak kelahiran Negeri Sembilan ini memperoleh Ijazah pertama di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang Pengajian Ilmu Wahyu dan Warisan Islam. Melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah Pendidikan Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau minat mengajar dan menulis serta giat menghasilkan penulisan dalam bidang Pendidikan, Pendidikan Islam, Kemahiran Berfikir dan Inovasi.

Average Rating

3
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.