product-view

INDUSTRI HALAL MALAYSIA

Category :  E-Books
Publisher :  Penerbit UiTM
( 77 )

RM 26.00

Description

Halal amat sinonim dengan umat Islam. Sungguhpun begitu, sektor halal kian mendapat perhatian masyarakat bukan Islam atas pelbagai faktor; antaranya faktor kesihatan, kebersihan dan ekonomi. Melihat kepada aspek ekonomi, industri halal ini amat wajar dimajukan secara sistematik dan teliti. Ini kerana, industri halal bukan sahaja mampu menjana ekonomi individu dan negara, bahkan merupakan agenda penting dalam ajaran Islam. Oleh itu, pelbagai negara baik majoriti atau minoriti Muslim giat membangunkan industri halal dalam pelbagai bidang. Maka, buku ini mengupas kepelbagaian industri halal tersebut.

Buku ini memperihalkan potensi penjanaan ekonomi industri berkaitan halal termasuklah industri makanan dan minuman, pelancongan, kosmetik, farmaseutikal, fesyen dan gaya hidup serta kewangan Islam. Buku ini ditulis untuk memberi kefahaman mengenai skop aplikasi halal yang luas dalam kehidupan manusia. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi para pelajar dan juga orang awam yang ingin mendalami kepelbagaian industri halal. Selain itu, buku ini boleh dijadikan rujukan bagi individu atau syarikat yang terlibat secara langsung dalam pembuatan atau penawaran produk halal di pasaran. Buku ini juga signifikan dalam memberi nilai tambah kepada rujukan-rujukan sedia ada mengenai bidang halal.


Instructor Biography

AMAL HAYATI ISHAK (PhD) ialah seorang pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Universiti Teknologi MARA. Bidang tumpuan beliau adalah muamalat dan kewangan Islam, pengurusan kualiti dan halal. Selain terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran, beliau turut menjalankan pelbagai penyelidikan dalam bidang-bidang tersebut. Mula berkhidmat di UiTM sejak 2007, beliau kini merupakan Koordinator Program Sarjana Muda Muamalat dan Sidang Editor Journal of Contemporary Islamic Studies. Beliau juga telah menghasilkan pelbagai artikel untuk pembentangan seminar dalam dan luar negara. Beliau turut menerbitkan pelbagai artikel dan menjadi penilai dalam beberapa jurnal termasuklah jurnal berwasit dan berindeks.

ZULAIPA RUZULAN ialah seorang pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Teknologi MARA dalam bidang fiqh dan usul al-fiqh, undang-undang halal dan kefatwaan, pengurusan halal dan muamalat. Beliau telah menghasilkan pelbagai kertas kerja seminar dalam dan luar negara dan telah menerbitkan pelbagai artikel dalam jurnal antarabangsa dan jurnal berwasit. Beliau merupakan ahli jawatankuasa Halal Research Training and Consultancy (HART), ACIS dan telah terlibat dalam beberapa siri Program Halal Executive dan telah dilantik sebagai moderator untuk Diploma in Halal Management Practice di sebuah kolej swasta.

Copyright © 2022 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.