image

Buku Media Pendidikan: Kajian dan Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar adalah sebuah buku yang merumuskan pengalaman serta dapatan penyelidikan berkaitan media kreatif dan adaptasinya dalam pendidikan sebagai panduan untuk penyelidik dan pembangun bahan instruksi berasaskan multimedia. Keunikan buku ini ialah kandungannya yang mengintegrasikan bidang reka bentuk media kreatif dan bidang reka bentuk instruksi. Buku ini merangkumi pelbagai konteks penulisan, termasuk aspek lontaran idea, laporan penyelidikan, tinjauan literatur dan panduan langkah demi langkah. Tajuk ini dipilih memandangkan media pendidikan merupakan elemen terpenting dalam perkembangan teknologi pendidikan semasa. Memandangkan, keberkesanan sesuatu media pendidikan adalah bergantung sepenuhnya terhadap ketepatan pembangunan. Khususnya, aspek pematuhan terhadap prinsip-prinsip reka bentuk yang dibina berpandukan dapatan kajian. Di mana, reka bentuk berpusatkan pengguna adalah penting dititik beratkan sepanjang proses pembangunan sesuatu media pendidikan. Oleh itu, konteks dan persembahan buku ini adalah bermatlamatkan menangani persoalan ini. Buku ini memuatkan lapan bab yang membincangkan pelbagai aspek kajian dan reka bentuk berkaitan media kreatif pendidikan. Reka bentuk yang baik sering dikaitkan dengan aspek estetika, iaitu cantik serta menarik dipandang. Reka bentuk media kreatif pendidikan yang berkesan sebenarnya adalah lebih daripada itu. Reka bentuk berkesan merangkumi pelbagai aspek termasuk kebolehgunaan dan penerimaan pengguna. Secara kesimpulan, buku ini amat sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan oleh para pendidik dan pelajar dalam meningkatkan pengetahuan berkaitan penyelidikan dan reka bentuk, khususnya dalam bidang media kreatif pendidikan. Buku ini juga sesuai untuk dijadikan panduan oleh pembangun bahan instruksi bagi memastikan keberkesanan maksimum perisian yang dihasilkan. Dengan panduan serta contoh praktikal yang diberi menjadikan buku ini unik berbanding buku-buku sedia ada di pasaran.


Instructor Biography

Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad AM merupakan Profesor dalam bidang Multimedia di Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia. Beliau memiliki PhD dalam bidang Multimedia Design dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Pendidikan dan Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari Universiti Teknologi Malaysia. Berpengalaman mengajar selama hampir 9 tahun di Politeknik dan 13 tahun di Universiti. Minat penyelidikan dan penerbitan beliau adalah dalam bidang Teknologi Instruksi. Khususnya, reka bentuk multimedia dan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Dalam 13 tahun pengalaman sebagai ahli akademik di UPSI, beliau telah menulis 5 buah buku dan lebih 150 artikel dalam jurnal, bab dalam buku, prosiding persidangan dan suratkhabar, khususnya Berita Harian. Salah sebuah buku beliau bertajuk Multimedia dan Perisian Pendidikan: Panduan Praktikal Reka Bentuk dan Penyelidikan telah berjaya mendapat Anugerah Buku Negara 2018 dan Sijil Penghargaan Buku llmiah Terbaik Anugerah MAPIM-KPM 2018, untuk kategori Science, Technology and Medical. Beliau telah menamatkan 8 geran penyelidikan sebagai ketua penyelidik, di mana dari penyelidikan ini telah terhasil 1 patent granted dan 4 copyright. Dari sudut penyeliaan, beliau telah menggraduatkan 11 pelajar yang kebanyakannya graduated on time (GOT). Disamping itu, Prof. Dr. Ahmad Zamzuri Mohamad Ali juga terlibat secara aktif dalam kerja perundingan tidak berbayar dan berbayar.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.