image

Penulisan bahan ilmiah seperti esei, laporan penyelidikan, disertasi, artikel jurnal dan buku memerlukan gaya yang formal. Salah satu gaya yang popular digunakan dalam bidang Sains Sosial dan Pendidikan ialah gaya American Psychological Association (APA). Gaya ini telah dikemas kini dalam versi baharu iaitu Edisi ke-7 yang secara rasminya diperkenalkan pada tahun 2019.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr. Goh Hock Seng merupakan pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 1997. Beliau menerima ijazah Master in Linguistics for Language Teaching dari University of Lancaster dan ijazah kedoktoran dalam bidang TESL di University Malaya. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam menyelia dan membimbing pelajar di peringkat ijazah sarjana muda, sarjana dan juga kedoktoran. Beliau juga giat menghasilkan laporan penyelidikan dan artikel jurnal akademik.


Profesor Madya Dr. Dahlia Janan, dilahirkan di Ipoh, Perak. Berpengalaman sebagai pendidik selama 30 tahun. Bidang kepakaran beliau ialah Literasi Bacaan yang meliputi proses dan pedagogi membaca; kebolehbacaan dan pendekatan inovatif untuk menilai kerumitan teks, dan kajian bandingan dalam proses bacaan dan literasi. Kini, beliau sedang meneroka bidang kurikulum, pentaksiran dan pembangunan bahan untuk Bahasa Melayu dan Bahasa Melayu untuk penutur asing. Akhir sekali, beliau kini sedang meneliti bidang Korpus Stilistik untuk bahan sastera.


Rohaizah Ab. Karim merupakan Guru Bahasa di Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 2008. Sebelum ini beliau ialah pensyarah di Regent School of Economics, Stamford College, Kuala Lumpur. Beliau memiliki ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang Pengajian Melayu dari Universiti Malaya. Beliau telah mengajar dan membimbing pelajar ijazah sarjana muda tentang gaya APA dalam salah satu kursus wajib universiti sejak beliau berkhidmat di UPSI.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.