Kunci Masyarakat Pencipta - Freehand Visualization Skills (FVS)
Masa itu emas dan anda perlu mahir Freehand Visualization Skills (FVS). Mengguna teknologi dan mencipta teknologi adalah dua perkara yang amat berbeza impaknya. Adakah anda percaya teknologi paling maju yang dicipta bermula daripada contengan lakaran di atas sehelai kertas?. Untuk menjadi ‘Masyarakat Pencipta’ kita juga perlu bermula dengan kemahiran melakar daripada imaginasi atau Freehand Visualization Skills (FVS). Sekiranya kita mampu mencipta teknologi yang baik, kita boleh membantu merobah kehidupan masyarakat. Kita akan menjadi sebahagian daripada ‘Masyarakat Pencipta’. Buku ini ditulis untuk memberi penerangan tentang kunci kemahiran komunikasi visual terpenting iaitu Freehand Visualization Skills (FVS). Kesan dan impak yang akan diperolehi oleh masyarakat jika mereka menguasai kemahiran ini sepenuhnya. Ia juga menerangkan secara terperinci bagaimana FVS mempengaruhi Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Buku ini juga menjelaskan bagaimana penggunaan Platfom Drawzania secara online akan dapat mempercepatkan proses mewujudkan Masyarakat Pencipta. Pilihan di tangan anda iaitu menjadi Masyarakat Pengguna atau Masyarakat Pencipta.
Goals/Objectives
Kunci Masyarakat Pencipta
Freehand Visualization Skills (FVS)
Mengguna teknologi dan mencipta teknologi adalah dua perkara yang amat berbeza impaknya. Adakah anda percaya teknologi paling maju dicipta bermula daripada contengan lakaran di atas sehelai kertas?. Untuk menjadi ‘Masyarakat Pencipta’ kita juga perlu bermula dengan kemahiran melakar daripada imaginasi atau Freehand Visualization Skills (FVS).
1. Mengapa kita perlu mahir melakar FVS?
Supaya kita mampu menzahirkan idea-idea bernas daripada minda secara spontan.
2. Mengapa kita perlu menzahirkan idea-idea bernas secara spontan?
Supaya proses dapat dihurai dengan cepat, ringkas dan mudah difahami.
3. Mengapa perlu dihuraikan dengan cepat, ringkas dan mudah difahami?
Supaya kita dapat melaksanakan banyak ciptaan dengan lebih sempurna dan berkesan.
4. Mengapa banyak ciptaan perlu dihasilkan?
Supaya dapat melahirkan ‘Masyarakat Pencipta’.
5. Mengapa perlu lahirkan ‘Masyarakat Pencipta’
Supaya kita menjadi sebuah negara maju yang boleh memberi manfaat kepada pelbagai golongan masyarakat di dunia.
6. Apakah kunci ‘Masyarakat Pencipta’?
Kuncinya adalah kemahiran melakar menggunakan imaginasi atau FVS.
7. Apakah solusi paling mudah, cepat dan kos efektif untuk membudayakan FVS kepada masyarakat?
Solusinya adalah Platfom Drawzania yang boleh melatih masyarakat menguasai lakaran FVS secara sistematik, mudah, cepat dan kos efektif dengan capaian di seluruh dunia.
Instructor Biography
Dr. Ruzaimi Mat Rani merupakan pengasas kepada Platfom Drawzania.com dan program Freehand Visualization Skills (FVS). Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar dan menyambung pengajian Sarjana Muda di Universiti Teknologi Malaysia dalam bidang Senibina. Beliau menyambung pengajian diperingkat Sarjana Senibina Landskap di Edinburgh College of Art (ECA), Heriot Watt University. Seterusnya pengajian Doktor Falsafah di Universiti Multimedia Malaysia (MMU). Beliau juga penulis beberapa buah buku di peringkat antarabangsa dan dalam negara. Di antara buku-buku yang ditulis Sketching Masterclass, A Guide to Visual Presentation. Buku Sketching Masterclass telah berjaya diterjemah kepada bahasa Jepun. Beliau mengenal pasti kemahiran FVS sangat penting kepada Kemahiran berfikir dan Kemahiran melaksana ketika menjadi pensyarah di beberapa buah universiti di Malaysia. Kemahiran ini semakin dilupakan kerana masyarakat terlalu bergantung kepada perisian komputer untuk berkomunikasi sedangkan kemahiran ini menjadi pencetus komunikasi visual kepada semua teknologi yang dicipta hingga hari ini.
Reviews
Average Rating
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.
MEOR SHAHRULLIZAM SULAIMAN
Terbaik!!!