Antologi Anekdot/Memoir "UiTM Di Hatiku"
Menampilkan 55 karya anekdot/memoir garapan penulis-penulis kita. Hamparan 1001 bebenang cerita, yang disulam 1001 warna tawa, air mata dan dihiasi manik-manik harapan dan doa untuk kita warga UiTM. Inilah cerita dari kita, tentang kita untuk kita.
Dialah guruku, Tuan Haji Mohamed Nadzri Mohd Yusof yang telah dijemput kembali dengan rahmat dan kasih sayang Allah pada 19 Julai 2020. Dialah murabbiku yang mengajarkan tentang kehidupan sebagai seorang hamba. Sesungguhnya, dia tidak meninggalkan apa-apa kepada kami melainkan yang baik-baik sahaja. Maha Suci Allah yang telah memberikanku peluang mengenali insan hebat ini. – Tenanglah Murabbiku di Sisi Pencipta yang Maha Agung oleh Hairenanorashikin Sharip
Suatu hari, Budiman datang berjumpa denganku. Jelas daripada riak wajahnya menampakkan kehampaan. Beliau bertanya padaku "Kenapa sahabat-sahabat saya boleh dapat gred A dalam peperiksaan dan saya dapat gred C?". "Kami sama-sama belajar, malah meja belajar kami juga bersebelahan antara satu sama lain – apa yang sahabat-sahabat saya baca, saya pun baca yang sama,” tambah Budiman lagi. – Cerita Aku dan Pelajar Empat Sekawan oleh Mohd Izani Othman
Seorang pelajar yang pendiam dan amat lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Pernah dia bertanyakan aku ketika kami sedang berbincang di dalam kelas, “Puan... puan... refrigerator (dengan sebutan yang agak kemelayuan) tu apa puan?” Aku jadi tergamam kerana agak tidak munasabah bagi seorang pelajar semester dua untuk tidak memahami perkataan itu. Namun, itulah hakikatnya bagi seorang pensyarah bahasa Inggeris yang kadang-kadang berdepan dengan para pelajar yang agak lemah. – Sidi Oh Sidi! oleh Faizah Mohamad
Instructor Biography
Sebanyak 55 karya anekdot/memoir garapan warga UiTM.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.