image

Buku Kompilasi Cita Rasa Masakan Pahang merupakan salah satu usaha berterusan dalam memastikan fungsi dan apresiasi terhadap makanan dan resipi tempatan ”tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas”. Buku ini mengandungi 30 resipi di mana ia mengandungi pelbagai resipi makanan negeri Pahang dan disertakan cara penyediaan dengan urutan yang teratur dan lebih mudah. Selain itu, keunikan dalam rahsia masakan Pahang juga turut dikongsikan. Masakan Pahang bukan sahaja mencerminkan identiti sesuatu bangsa dan negeri, malah ia juga merupakan pemangkin kepada indusrti pertanian dan juga perkhidmatan makanan di Malaysia. Justeru, naskhah ini patut dimiliki oleh setiap individu supaya kelestarian makanan berasaskan resipi tempatan akan dapat diteruskan dan mampu dinikmati oleh generasi akan datang.


Instructor Biography

Faridah Hanim Ismail - Dilahirkan di Kuala Lumpur pada 17hb November 1968. Ismail merupakan anak keenam daripada lapan orang adik-beradik. Berkelulusan Sarjana Muda (HONS) Foodservice Management UiTM, Shah Alam dan juga Diploma in Chef Traning dari Universiti yang sama. Beliau telah berkecimpung dalam bidang kulinari hampir 25 tahun dan bertugas sebagai Pensyarah Kanan. Minat yang mendalam dalam bidang masakan Timur dan Barat. Beliau telah menyertai pelbagai pertandingan masakan dan inovasi di peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa. Sepanjang pembabitan sebagai Pensyarah Kanan, banyak pertandingan yang telah beliau ceburi. Antaranya adalah Malaysian Biotechnology Corporation, Biotec Cop Awards 2010, Research Innovation Symposium Exposition, Invention and Design Exposition, International Innovation and Design Expo Creative Thinker Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Penang Innovation and Design 2014 dan banyak lagi.

Rosnida Mohf Yusof - Dilahirkan pada 3 Ogos 1968 di Kuala Lipis, Pahang. Pengalaman memasak selama 20 tahun. Pernah diundang dalam rancangan TV Selamat Pagi Malaysia
RTM dalam slot Dapur Pagi dari 2017 hingga kini dan sudah lebih daripada 10 resipi masakan Pahang dikongsi dalam rancangan tersebut. Surat khabar atau majalah tiada, tetapi mempunyai siaran YouTube, Facebook page iaitu Resepi Mengikat Perut Suami. Antara resipi yang menjadi kesukaan ramai ialah Patin Masak Gulai Tempoyak, Sambal Bilis Tempoyak, Cendawan Kukur masak bersama budu dan banyak lagi.

Saidatul Afzan Kapten (B) Hj Abdul Aziz - Dilahirkan pada 10hb Disember 1975 di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang. Dibesarkan di Taman Abu Bakar, Raub, Pahang. Berkelulusan Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan (ITM), Sarjana Muda Pengurusan Perkhidmatan Makanan (UiTM) dan Sarjana Sains (Sains Makanan) (UKM). Mula bertugas di UiTM sejak 2001 sebagai Pensyarah Muda. Bidang kepakaran adalah operasi perkhidmatan makanan, keselamatan makanan, keusahawanan dan juga aktif dalam inovasi makanan. Masih berkecimpung dalam pertandingan dan pernah memenangi peringkat UiTM, kebangsaan (ITEX) dan luar negara seperti di Seoul Invention & Innovation Festival (SIIF), Korea (gangsa) bagi produk Jem Langsat pada tahun 2006, ‘British Invention Show’(BIS) di London (emas) bagi produk ‘Dragon fruit gummy candy’ dan ‘Peria Crackers’ pada tahun 2007 serta ‘Brussel Invention Showcase’ (INNOVA) memenangi emas dan anugerah khas dari World Intellectual Property Organization (WIPO) bagi produk tepung bendi tua pada tahun 2010. Beliau berharap sebagai anak Pahang dapat menyumbang bidang kepakaran beliau kepada masyarakat khususnya masyarakat Pahang.

Khairunnisa Mohamad Abdullah - Dilahirkan di Klang, Selangor pada 4 Oktober 1986, merupakan seorang pensyarah kanan dalam bidang seni kulinari dan Gastronomi UiTM Puncak Alam. Telah bertugas selama hampir lapan tahun dan sangat meminati bidang masakan dan pastri. Mendapat pendidikan awal diploma dalam bidang Seni Kulinari dari Universiti Teknologi MARA Shah Alam, turut mendapat Sarjana Muda Pengurusan Seni Kulinari dan Sarjana Gastronomi dari institusi yang sama. Telah menyertai pelbagai pertandingan masakan dan inovasi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sejak pembabitan sebagai pensyarah antaranya pertandingan Battle of The Chef, International Culinaire, Innovation, Invention and Design Exposition International Food and Tourism Invention and Innovation Competition dan banyak lagi.

Norfezah Md Nor - Merupakan Profesor Madya di Jabatan Pengurusan Perkhidmatan Makanan, Universiti Teknologi MARA. Mempunyai kepakaran dalam bidang Food Product Development, Sensory & Consumer Behaviour, aktif dalam melakukan penyelidikan dan perundingan produk makanan IKS antaranya Jangka Hayat Cili Giling dan Pemprosesan Biskut Kelapa (Geran PPRN). Selain itu, merupakan Penyelidik Bersama geran FRGS (aktif) bertajuk “Developing a culinary tourism model for iconic cuisines and gastrodiplomacy as a tool for destination branding” di mana fokus utama kajian adalah kepada Makanan Warisan Malaysia. Di samping itu, merupakan penulis aktif bagi majalah Dewan Kosmik dalam bidang Teknologi Makanan yang melibatkan Makanan Warisan Malaysia. Antara penulisan yang telah diterbitkan adalah Nilai Organoleptik Santan Segar dan Santan Segera dalam Masak Lemak (Bil 12, 2019) dan Nasi Kandar Antara Populariti dengan
Keselamatan Makanan
(Bil 10, 2019).

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.