image

Buku ini tercipta hasilan daripada pengamatan saya sebagai seorang pemeriksa luar PhD, penyelia dan pemeriksa silibus di peringkat ljazah Kedoktoran. Boleh dikatakan segala benda yang ada dalam buku ini adalah rentetan daripada pengalaman sendiri yang telah menilai lebih 80 buah tesis PhD dari dalam dan luar negara. Buku ini menyajikan pengalaman yang menarik sebagai pelajar, cara-cara untuk mencari tajuk, menjalankan penyelidikan buat kali pertama, termasuk mencari penyelia dan tempat belajar yang sesuai. Dihidangkan juga beberapa kes sebenar semasa ujian lisan sebagai butiran nasihat dan panduan kepada para pelajar dan juga penyelia yang budiman. Saya berharap, dengan terbitkan buku ini, akan dapat membantu pelajar dan juga penyelia dalam menyediakan suasana yang baik bagi menjalankan kajian peringkat ljazah Kedoktoran dan juga ljazah Sarjana Penyelidikan. Akhir kata, saya mendoakan kejayaan semua. Amin. Semoga dipermudahkan-Nya.


Instructor Biography

Profesor Dr Norzaidi Haji Mohd Daud adalah Pengarah, Penerbit UiTM@UiTM Press dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Komuniti Penyelidikan (CORE) dan Pengarah, Komuniti Penyelidikan (CORE) (Sains Pengurusan) di lnstitut Pengurusan Penyelidikan Dan lnovasi (IRMI), Universiti Teknologi MARA (UITM). Di atas kecemerlangan beliau dalam penyelidikan dan akademik, Profesor Norzaidi telah dinobatkan dengan pelbagai anugerah seperti penyelidik contoh, penceramah terbaik, tokoh penggerak persatuan/kelab pelajar, staf cemerlang dan telah tersenarai dalam Malaysia Who's Who 2013/2014 dan USA Academickeys 2014. Hasilan artikel beliau pernah dirujuk oleh pakar teknologi maklumat terkemuka seperti Profesor Dr Delone dan Profesor Dr Mclean dan digunakan sebagai panduan oleh Intranet Focus sebuah agensi konsultan yang berpengkalan di United Kingdom. Selain itu, beliau merupakan editor kandungan buku teks penulis terkenal teknologi maklumat antarabangsa seperti Profesor Dr Turban. Beliau juga berpengalaman sebagai penilai luar PhD dan buat masa sekarang, beliau telah menilai lebih 80 buah tesis PhD/DBA/D.Management/MSc. Atas kecemerlangan beliau dalam bidang akademik dan penyelidikan, beberapa buah universiti dalam dan luar telah melantik beliau sebagai Profesor Pelawat di King Saud University, Management and Science University, Widyatama University, Indonesia College of Economics dan Profesor Adjung di INTI International University and Colleges dan Universiti Kuala Lumpur-Institute of Aviation Technology, termasuk Pakar Rujuk di Kolej Profesional Baitulmal. Beliau juga merupakan Panel Biasiswa peringkat PhD dan sarjana in Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Profesor Norzaidi pernah ke Harvard dan Cambridge bagi berkongsi hasilan kajian di konferen antarabangsa di sana.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.