image

Bidang Rekreasi dan Pendidikan Luar di Malaysia masih ketandusan sumber rujukan, walaupun telah terlaksana selama hampir seratus tahun. Akibatnya, bidang ini tidak dapat diperkembangkan secara meluas kepada khalayak ramai. Menyedari senario ini, Buku Pendidikan Luar, Definisi, Falsafah dan Aplikasi diterbitkan khusus untuk mendorong perkembangan bidang Rekreasi dan Pendidikan Luar di Malaysia. Buku ini disasarkan kepada semua penggiat bidang Rekreasi dan Pendidikan Luar sama ada dari golongan pelajar sekolah, IPT, dewasa mahupun golongan profesional.


Instructor Biography

Prof Dr Md Amin Md Taff dilahirkan pada 26 Julai 1971 di Muar, Johor. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sains Sukan dari UPSI pada tahun 2000; Postgraduate Diploma in Outdoor Education dan Ijazah Sarjana Outdoor Education dari University of Otago, New Zealand pada tahun 2004. Beliau seterusnya memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Parks and Outdoor Recreation Management dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pada tahun 2000. Berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pengurusan dan juga konsultansi dan sudah menerbitkan lebih 120 buah buku, artikel jurnal, prosiding, kertas polisi, laporan jemaah menteri dan artikel akhbar. Prof Dr Md Amin memulakan karier sebagai Guru Bukan Siswazah pada tahun 1993 hingga 2000.

Beliau kemudian meniti kejayaan akademik dan pentadbiran sehingga dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI pada tahun 2017, selain menjalankan fungsi Naib Canselor UPSI. Beliau turut menyumbang kepakaran dan juga memaparkan kredibiliti kepemimpinan melalui lantikan sebagai pakar rujuk dan ahli panel kesepakaran oleh pelbagai agensi termasuk lantikan oleh Jemaah Menteri Malaysia sebagai Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Insiden Bomba Lemas. Di peringkat antarabangsa, beliau pernah diberikan tanggungjawab sebagai Pengarah Pejabat Education Malaysia Washington DC, Amerika Syarikat, iaitu pejabat Education Malaysia terbesar di dunia.

Selain itu, beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung Persekutuan Kanu ASEAN, menubuhkan Asia Pasific Outdoor Recreation Network dan terbabit aktif dalam penganjuran Washington International Education Conference dan Konferens NAFSA. Atlet negara dalam sukan kayak itu juga sudah mencatatkan pelbagai kecemerlangan dalam bidang sukan dan rekreasi termasuk muncul juara sukan kayak kebangsaan dan antarabangsa dari tahun 1993 sehingga 2004, mengilham dah menganjurkan pelbagai kejohanan sukan kayak dan rekreasi, menubuhkan UPSI Sports City, UPSI Adventure Park serta menerbitkan Kurikulum Pendidikan Kanu Kebangsaan yang digunapakai di seluruh Malaysia. Beliau turut mengilhamkan Anugerah Perdana Scholar Award di Amerika Syarikat yang disampaikan oleh Perdana Menteri.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.