image

Seseorang pelajar memerlukan dorongan, motivasi dan sokongan yang kuat untuk membuat keputusan yang nekad dalam meneruskan pengajian ke peringkat pascasiswazah. Peringkat pascasiswazah ini mempunyai cabaran yang tersendiri, namun menyediakan peluang kehidupan yang lebih baik setelah pelajar berjaya menamatkan dengan jayanya.

Menerusi buku ini, para penulis berkongsikan cabaran utama yang dihadapi pelajar semasa melanjutkan pelajaran ke peringkat pascasiswazah dan ia dikupas secara komprehensif. Adalah diharapkan, dengan tip-tip yang diutarakan oleh para penulis dalam buku ini dapat membantu para pelajar pascasiswazah dalam menghadapi cabaran yang hampir sama. Tujuan buku ini hanya satu iaitu...

Membantu Pelajar Pascasiswazah LULUS  dengan JAYANYA!


Instructor Biography

Mohd Ikmal Fazlan Rozli@Rosli merupakan seorang bapa, pensyarah, penyelidik dan penyelia kepada pelajar ijazah dan pascasiswazah. Beliau ketika ini menyelia dua orang pelajar Ijazah Sarjana (Master) dan menjadi penyelia bersama kepada empat orang pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD). Beliau telah berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Awam pada 2021. Beliau juga merupakan ketua bagi pasukan penyelidikan 'Permanent Way Infrastructure' dan juga diamanahkan untuk menyediakan silibus bagi program ijazah dan master. Beliau telah menghasilkan lebih kurang 50 kertas penyelidikan dan mendapat beberapa geran penyelidikan dari dalam UiTM dan agensi yang lain.

 

Kay Dora Abdul Ghani merupakan Profesor Madya di Pengajian Kejuruteraan Awam UiTM, Cawangan Pulau Pinang. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah (Kejuruteraan Awam) dari UiTM pada 2015. Beliau adalah peneraju kumpulan penyelidikan 'Structural Engineering and Seismic' (SEISMOS). Bidang kepakaran beliau adalah permodelan bangunan konkrit di bawah data gempa bumi dan analisis risiko struktur konkrit bertetulang di bawah beban dinamik. Beliau telah menggraduatkan tiga orang pelajar pascasiswazah (1 PhD, 2 MSc). Terkini beliau menyelia tiga orang calon PhD sebagai penyelia utama, tiga orang calon PhD sebagai penyelia bersama, dan dua orang calon MSc sebagai penyelia bersama.

 

Rofiza Aboo Bakar telah berkhidmat di Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pulau Pinang, Malaysia sejak 1997. Dalam tempoh perkhidmatannya, beliau adalah seorang pensyarah, penceramah, penulis, penyelidik, jurulatih dan juga perunding. Beliau kini merupakan seorang Ketua Pusat Pengajian di Akademi Pengajian Bahasa. Beliau memegang Ijazah PhD dalam bidang Psikologi Pendidikan dari Universiti Sains Malaysia di mana beliau juga dianugerahkan Pingat Emas Tun Tan Sri Dato' Dr. Haji Hamdan Sheikh Tahir sebagai pelajar PhD terbaik pada tahun 2015. Mendidik sudah sebati dengan jiwanya dan dia amat berharap agar dapat memberi manfaat kepada para pelajarnya.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.