image

Pemakaian qarinah dalam kesalahan hudud merupakan perkara yang tidak disepakati oleh para ulama. Perbincangan tajuk-tajuk seperti definisi qarinah, pembahagian qarinah, penghujahan qarinah dan kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud diperincikan mengikut kesalahan-kesalahan hudud itu sendiri iaitu kesalahan zina, meminum arak, mencuri, pemberontakan, merompak dan murtad. Keistimewaan Qarinah Sebagai Instrumen Pensabitan Kesalahan Hudud ini ialah ia tidak memfokuskan kepada mazhab Syafie tetapi membincangkan pelbagai pandangan ulama dan dalam bentuk perbandingan.

 

Metode perbandingan penting kerana ia mampu memberikan pendedahan dan kefahaman yang lebih luas dan mendalam terhadap sesuatu isu dan masyarakat pembaca akan lebih bersikap terbuka sekaligus menjadikan mereka bersikap terbuka dalam berhadapan isu-isu khilafiah. Selain itu, buku ini juga turut memuatkan dalil-dalil yang telah digunakan oleh para ulama dalam mengutarakan pandangan masing-masing sebagai sandaran yang telah digunakan oleh para ulama tersebut.

 

Penulisan padat dan terperinci ini mampu memberikan gambaran mengenai pandangan-pandangan ulama dalam pelbagai mazhab secara menyeluruh tentang kedudukan qarinah dalam kesalahan hudud. 


Instructor Biography

Mohd Noor Daud, berkelulusan Sarjana Muda (Syariah/Fiqh dan Pengajian Islam) dari University of Yarmouk, Jordan dan Sarjana (Syariah/Kehakiman Islam), Universiti Malaya. Kemudian menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Islamic Revealed Knowledge and Heritage/Fiqh and Usul al-Fiqh di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau pernah menjadi pensyarah di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kolej Dar al-Hikmah dan kini merupakan pensyarah kanan di Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK), Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aktif sebagai pembentang dan peserta dalam pelbagai seminar kebangsaan dan antarabangsa serta turut bergiat dalam penulisan buku ilmiah, penterjemahan, penulisan artikel dan modul. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.