image

Pengalaman dan teori hasil pembacaan penulis dalam menangani kanak-kanak khas membuahkan penulisan Pendidikan Kank-kanak Berkeperluan Khas ini. Penggabungjalinan antara pengalaman penulis dan teori yang dikemukakan dalam buku ini cuba membawa pembaca untuk memahami dengan lebih jelas mengenai kanak-kanak berkeperluan khas. Perbincangan mengenai teori, model, terapi, strategi, proses pengajaran dan pembelajaran, penglibatan ibu bapa serta ahli profesional dan berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas telah sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada pembaca agar lebih memahami keperluan kanak-kanak khas.

 

Cadangan dan pendedahan kepada pembaca agar lebih peka dan turut sama memainkan peranan sebagai masyarakat dalam melakar masa depan yang lebih bermakna kepada mereka yang berkeperluan khas. Selain itu, pembaca juga turut didedahkan dengan senario yang mungkin boleh diguna pakai atau diaplikasikan dalam berhadapan dengan mereka yang berkeperluan khas.

 

Kebolehan dan hak keistimewaan mereka tidak seharusnya diketepikan. Mereka juga merupakan insan yang harus dibela dan diberi pendidikan yang sewajarnya. 


Instructor Biography

Mohd Zuri Ghani merupakan seorang Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia. Anak kelahiran negeri Kelantan ini memulakan kerjayanya sebagai seorang guru pendidikan khas di SMK Tengku Indra Petra, Gua Musang, Kelantan. Beliau memperoleh Ijazah Pertama dalam bidang Pendidikan Khas dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan seterusnya menyambung pelajaran di peringkat Sarjana dan PhD dalam bidang yang sama. Kecenderungan beliau dalam bidang pendidikan insan istimewa membawa beliau untuk melibatkan diri dalam bidang ini. Beliau juga turut mengkaji kanak-kanak Pintar Cerdas dan menghasilkan tesis mengenai pelajar pintar cerdas dan berbakat. Beliau kini giat melakukan aktiviti yang berkaitan dengan insan istimewa dan membuat pelbagai kajian dalam bidang ini. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.