image

Buku Seni Tekat Perak: Kreativiti Kearifan Lokal merupakan sebuah buku yang menterjemahkan hasil penyelidikan, kajian literatur dan pengalaman penulis dalam bidang kraf yang dicatatkan menjadi satu lembaran awal tentang akal budi pemikiran di sebalik objek kraf tekat yang menyentuh tentang aspek sejarah, kearifan lokal, filasafat terhadap motif alam dan eksplorasi terhadap kreativiti seni tekat. Aspek-aspek yang dihuraikan dalam buku ini akan dapat membantu para pembaca untuk lebih memahami Seni Tekat Perak dan bagaimana kreativiti kearifan lokal yang tersirat dan tersurat melalui objek seni. Buku ini sesuai dibaca golongan ahli akademik, para penyelidik, penuntut di Institusi Pengajian Tinggi, pelajar sekolah dan juga pembaca umum yang prihatin dengan perkembangan kesenian di Malaysia.


Instructor Biography

Harozila Ramli adalah seorang Profesor Madya bidang Seni (Tekstil) dan Pendidikan Seni di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berpengalaman selama hampir lebih 23 tahun dalam bidang akademia yang memfokuskan kepada bidang seni dan budaya serta pendidikan. Beliau telah menghasilkan pelbagai topik penulisan dalam buku, bab dalam buku, artikel dan karya visual serta kraf dalam bentuk pameran di peringkat nasional dan antarabangsa.

Tajul Shuhaizam Said adalah seorang profesor bidang Seni Kraf (Seramik) di Universiti Pendidikan Sultan Idris. Berpengalaman selama hampir lebih 23 tahun dalam bidang akademia yang memfokuskan kepada bidang seni dan budaya. Beliau juga turut menghasilkan pelbagai penulisan dalam bab dalam buku, artikel dan karya visual serta kraf dalam bentuk pameran di peringkat nasional dan antarabangsa.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.