Pak Lah dan Pendidikan
Tanggungjawab guru sebagai pendidik dan penyampai ilmu pengetahuan sentiasa penting dan relevan sepanjang zaman. Malah, dari segi profesionalisme, keupayaan dan kemampuan guru pada hari ini lebih penting dan mencabar berikutan pelbagai perubahan baharu hari ini lebih cenderung kepada bentuk pembangunan berasaskan kemajuan sains, teknologi dan multimedia. Tugas dan tanggungjawab guru tidak pernah surut dan mengecil akibat daripada kemajuan teknologi dan perkembangan ilmu pengetahuan ini, sebaliknya tugas itu menjadi semakin kompleks dan rencam. Selain tugas di bilik darjah, guru juga berperanan di luar sekolah, menjalankan tugas sebagai pemimpin masyarakat, membantu negara membasmi kemiskinan minda, keruntuhan akhlak, kemunduran, pengangguran kebejatan sosial dan lain-lain penyakit masyarakat. Bukan sebarang manusia yang boleh menjalankan tugas besar dan mulia ini, melainkan insan yang benar-benar ikhlas dan berjiwa pendidik yang mampu melaksanakan amanah ini.
Instructor Biography
Terbitan khas oleh UPSI.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.