image

Buku ini merupakan panduan kepada pelajar dan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan. Maklumat yang ada merupakan hasil daripada pengalaman penulis yang lama berkecimpung dalam penyelidikan dalam dan luar negeri. lsi kandungan buku dikupas dengan secara santai dengan tujuan pembaca dapat mempelajarinya secara mudah dan memahaminya. Terdapat beberapa segmen yang menerapkan isu motivasi diri, persiapan menjadi pelajar PhD, proses-proses yang akan ditempuhi semasa pengajian termasuk perkara-perkara yang wajib dilakukan setelah tamat PhD. Terima kasih di atas sokongan anda, dan selamat membaca.


Instructor Biography

NORZAIDI MOHD DAUD adalah Pengarah, Penerbit UITM. Universiti Teknologi MARA, dan pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi, Komuniti Penyelidikan, dan Pengarah, Komuniti Penyelidikan, Sains Pengurusan, lnstitut Pengurusan Penyelidikan dan lnovasi. Beliau merupakan Profesor Pelawat di Widyatama University, lndonesia College of Economics, dan Management and Science University. Atas kecemerlangan beliau dalam penyelidikan dan pendidikan, Prof Dr Norzaidi telah diberi penghormatan sebagai Profesor Adjung di Universiti Kuala Lumpur-Malaysia lnstitut of Aviation Technology dan INTI International University and Colleges. Selain itu, Kolej Profesional Baitulmal melantik beliau sebagai Pakar Rujuk. King Saud University di Saudi Arabia telah melantik beliau sebagai Profesor Pelawat dalam tahun 2014. Profesor Dr Norzaidi amat aktif dalam penulisan artikel dan beliau telah menerbitkan lebih 100 artikel dalam jurnal berindeks dan jurnal antarabangsa. Kertas kajian beliau pernah dibentangkan di Harvard dan Cambridge termasuk beberapa seminar di serata dunia. Beliau juga pernah mewakili negara ke pertandingan inovasi dan memenangi lebih 70 anugerah di Switzerland, Belgium, USA dan Korea Selatan termasuk ITEX. MTE. IPTA Expo, PECIPTA, UniMAP. UPM, IID, IIDeX dan BIID. Atas kejayaan itu, Prof Dr Norzaidi telah diberi kepercayaan dan dilantik sebagai Ketua Juri Pertandingan lnovasi dan KIK di Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pengajian Tinggi (Kolej Komuniti), Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan Universiti Teknologi MARA. Beliau juga merupakan juri pertandingan inovasi di Yayasan lnovasi Malaysia, Felda, MARA dan beberapa agensl lain. Buat masa sekarang bellau telah menerbitkan 10 buah buku termasuk buku Bestseller No.1 MPH. Tips-Tips Lulus PhD, dan lnsya-Allah akan terus berkarya selagi terdaya.

Average Rating

4
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.