image

Pada masa kini, buku-buku yang berkaitan dengan bidang Ukur Tanah dan Kejuruteraan Awam dalam Bahasa Melayu sukar diperoleh dan penulisan yang berkaitannya adalah amat kurang serta terhad. Kebanyakan penulisan dalam bidang ini hanya didokumentasi melalui penulisan tesis, jurnal dan disertai oleh para pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang mengambil jurusan Ukur Tanah dan Kejuruteraan Awam. Kandungan buku ini telah disusun daripada kombinasi pengalaman penulis, bahan pengajaran dan buku-buku rujukan yang sesuai lagi praktikal dalam bentuk mudah dan ringkas supaya memudahkan pengguna atau pembaca memahami dengan cepat dan jelas.

Buku ini dapat dijadikan sebagai panduan kepada penuntut-penuntut dan orang awam yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berhubung profesion Ukur Tanah dan Kejuruteraan di Malaysia. Semoga pengguna atau pembaca akan mendapat panduan yang bernilai daripada kandungan buku ini dan boleh mempraktikkannya.


Instructor Biography

Jasmee Jaafar adalah pensyarah di Pusat Pengajian Sains Ukur & Geomatik, Fakulti Senibina, Perancangan & Ukur, Universiti Teknologi MARA. Beliau pernah berkhidmat sebagai Pembantu Juruukur di FELDA Pahang Barat Daya selama dua Tahun dan mula berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 1989. Memperoleh Diploma Ukur Tanah daripada ITM, Shah Alam (1981), Diploma Lanjutan Ukur Tanah (ITM), Shah Alam (1986), MSc. In Surveying Sc. & Mapping dari Ohio State University Columbus, Ohio, USA (1989) dan Ijazah Kedoktoran (2000) dari University of Nottingham, UK dalam bidang Remote Sensing & Geographic Information System (GIS) yang melibatkan pemetaan & penganalisaan data teknologi LiDAR (Light Detection & Ranging). Beliau telah menghasilkan lebih 30 kertas kerja yang diterbitkan dalam jurnal dan penerbitan buku. Selain mengajar, beliau aktif dalam melaksanakan bengkel-bengkel berkaitan teknologi pengukuran terkini, penyelidikan dan kerja-kerja perundingan berkaitan dengan teknologi pengukuran.

Redzwan Misran berkhidmat dengan Universiti Teknologi MARA sebagai Profesor Madya. Mula berkhidmat di Pusat Pengajian Sains Ukur & Geomatik sejak tahun 1982 setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ukur Tanah daripada Universiti Teknologi Malaysia. Pada tahun 1989, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Falsafah daripada Nottingham Trent University, UK. Pengkhususan beliau lebih kepada bidang Ukur Kejuruteraan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.