image

Kandungan buku ini berkaitan dengan beberapa ulasan dan pandangan ahli falsafah klasik dan moden berhubung dengan seni, falsafah dan kritikan. Pandangan yang diberikan itu lebih menumpukan kepada nilai-nilai falsafah, estetika dan kritikan seni. Menghayati karya seni visual akan menjadi lebih bermakna sekiranya kita dapat memahami akan peranan falsafah dan kritikan seni. Bidang kritikan seni bukan asing dalam dunia seni visual. Ia telah dibincangkan lebih awal oleh ahli falsafah klasik dan moden. Nama-nama ahli falsafah agung seperti Scorates, Plato dan Aristotle menjadi begitu terkenal bila membicara seni dari sudut falsafah atau kritikan. Begitu juga dengan ahli falsafah moden seperti Al-Ghazali, Wolfflin, Winckelmann dan Giorgio Vasari begitu berjaya mengemukakan pandangan berkaitan dengan falsafah dan kritikan seni. Pandangan yang diberikan itu amat bermakna kapada pelukis dan peminat seni untuk menghayati karya seni dengan lebih mendalam lagi.


Instructor Biography

Mohd Johari Ab. Hamid atau nama pena Mohadry A.H mendapat pendidikan awal di Kedah dan pernah berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia. Beliau menyambung pendidikan dalam bidang Pendidikan Seni Visual di MPSI pada tahun 1982-84. Lulus ljazah Sarjana Muda (Fine Art) pada tabun 1993 di UiTM, M.A. (Art and Design Education) dari De Montford University, Leicester, UK/UiTM dan kini melanjutkan pelajaran peringkat Ph.D dalam bidang Art Criticism in Malaysia di UiTM, Shah Alam. Antara karya beliau adalah Falsafah dan Kritikan Seni, Pendidikan Seni Visual dan Muzik dan Asas Seni Visual. Beliau aktif menulis dan membentang kertas kerja yang berkaitan dengan apresiasi dan kritikan seni tampak Malaysia pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Pensyarah dalam bidang Falsafah dan Kritikan Seni, dan Sejarah Seni Tampak di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris ini juga adalah Editor Jumal FASSA. Beliau pemah dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.