image

Buku ini dengan jelas membicarakan mengenai konsep keyakinan diri dalam melihat persamaan dan perbezaan terhadap konsep keyakinan diri menurut perspektif Barat dan Islam. Ternyata bahawa menurut perspektif Islam, konsep keyakinan diri adalah lebih meluas, kekal dan umum kerana Islam mengaitkan keyakinan diri dengan konsep tauhid ketuhanan (uluhiyyah). Malah individu Islam yang berkeyakinan tinggi adalah individu yang memiliki sifat sabar, syukur, reda dan tawakkal. Seterusnya buku ini juga memberi tumpuan kepada konsep keyakinan diri dalam beberapa profesion seperti guru, kaunselor, pelajar, pemimpin, doktor, usahawan dan jurutera.


Instructor Biography

Norhasliza Abdullah berkhidmat di IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu. Berkhidmat sebagai guru selama 15 tahun dan kemudian meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah di IPG sejak 2013.

Suzana Haron berkhidmat di IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu. Beliau aktif menulis artikel dan jurnal, memberi ceramah motivasi di sekolah-sekolah dan institusi pendidikan sekitar Terengganu.

Azizah Hussin berkhidmat di IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu. Berkhidmat sebagai guru di Sabah selama sembilan tahun dan kemudian meneruskan perkhidmatan sebagai pensyarah di IPG sejak 2006 sehingga sekarang.

Hazram Ismail berkhidmat di IPG Kampus Sultan Mizan Besut Terengganu. Beliau aktif menulis artikel dan jurnal tentang Pendidikan Matematik.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.