image

Halangan yang wujud dalm organisasi boleh mengganggu kelancaran perjalana organisasi aktiviti organisasi. Aktiviti organisasi yang terganggu bole mengakibatkan pencapaian kerja kakitangan turut terjejas. Bagi mengatasi masalah ini, banyak organisasi kini telah berubah ke arah komunikasi dengan bantuan teknologi. Teknologi komunikasi yang berkesan pada ketika ini adalah berkomunikasi dengan memilih media sosial sebaga medium atau perantara.

Perbincangan bagaimana media sosial dapat melancarkan proses komunikasi dalam organisasi menjadi lebih menarik dengan memperbahalusi pertembungan di antara Teori Klasik Biokrasi Weber dan Model Penerimaan Teknologi. Pertembungan di antara teori Klasik ini dan model teknologi adalah penting untuk melihat bagaimana proses penerimaan teknologi dalam organisasi kini. Keyakinan kakitangan bahawa media social mempunyai kemudahgunaan dan kebolehgunaan yang tinggi menjadikan ia medium komunikasi alternative kepada medium komunikasi sedia ada.


Instructor Biography

AHLAM ABDUL AZIZ
adalah Pensyarah Kanan bagi Program Pengurusan Komunikasi dan Polisi di Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam. Beliau telah berkhidmat sebagai pensyarah sejak 2004 sehingga kini. Bidang pengkhususan beliau adalah komunikasi organisasi, komunikasi kepimpinan dan beliau lebih mengkhusus kepada kajian bersifat analisis kuantitatif. Beliau telah berjaya memperoleh Doktor Falsafah pada tahun 2015 dalam bidang teknologi komunikasi dalam organisasi. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.