image

Di luar sana terdapat pelbagai buku ilmiah dan rujukan tentang bidang teknologi pencetakan dalam bahasa lnggeris. Buku ini dihasilkan bagi meningkatkan kefahaman pelajar dan pengguna teknologi pencetakan dalam bahasa Melayu. Buku ini memfokuskan proses pracetak yang merupakan proses utama dalam teknologi pencetakan produk dan reka bentuk grafik.

Adakah anda tahu bagaimana produk pencetakan dihasilkan? Dengan teknologi pencetakan, anda mampu mencetak beribu-ribu produk seperti pembungkusan, majalah, buku, poster, risalah, nota dan pelbagai lagi.

Kemampuan teknologi pencetakan tidak dapat dinafikan kepentingannya dalam memperluaskan bidang komunikasi pada semua golongan ini.


Instructor Biography

MOHD KHAIRUL AZAHARI ABDUL RANI (PhD) merupakan pensyarah kanan di Jabatan Teknologi Pencetakan, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK), Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam. Berpengalaman luas dalam bidang teknologi pencetakan. Pernah dilantik sebagai panel akademik di beberapa institusi pengajian tinggi awam, agensi-agensi kemahiran kerajaan di bawah Kementerian Sumber Manusia dan juga panel industri swasta.

SHARULNIZAM RAMLI (PhD) merupakan Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan di Jabatan Reka Bentuk Teknologi Kreatif, Fakulti Teknologi Kreatif & Warisan di Universiti Malaysia Kelantan, Bachok. Beliau aktif menulis dalam kajian berkenaan dengan seni visual, reka bentuk grafik, kreativiti, dan inovasi.

MOHD HAFIZAN ALI BAHAR merupakan staf Jabatan Teknologi Pencetakan, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) Universiti Teknologi MARA Kampus Puncak Alam. Berpengalaman luas dalam bidang teknologi pencetakan dan kini telah berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana (Penyelidikan) UiTM.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.