image

Buku Garis Panduan Penerbitan Jurnal Universiti Teknologi MARA: Edisi Kedua ini merupakan satu polisi yang lengkap sebagai panduan kepada pihak yang terlibat dalam pengurusan dan penghasilan penerbitan jurnal Universiti Teknologi MARA. 

Dasar ini telah digubal oleh Jawatankuasa Penerbitan Jurnal & Buku Penyelidikan UiTM (JPJBPU) yang terdiri daripada sidang editorial jurnal, ketua editorial, penyunting jurnal dan Penerbit UiTM. la akan menjadi panduan lengkap dan penting mengikut 'house-style' yang dirangka dan ditetapkan formatnya. Selain itu, ia mencakupi segala aspek pengurusan serta pentadbiran dalam penghasilan sesebuah jurnal UiTM bermula daripada penyediaan manuskrip penulis, perwasitan sehingga proses pra-percetakan jurnal.

Di samping memberikan panduan skop kerja dan peranan sidang editor, buku ini juga menjelaskan berkenaan prosedur proses perindeksan status jurnal yang mesti dilaksanakan melibatkan PSM, MyJMS, MyCC, MyCite, ACI, Scopus, ERA, ESCI, WoS mengikut proses ketetapan dan jangka masa tertentu secara berkala dalam menentukan KPI sesebuah jurnal. lni bagi memastikan standard penerbitan jurnal UiTM dapat diselaraskan dengan lebih sistematik bagi memenuhi segala syarat dan keperluan yang ditetapkan bagi mencapai status jurnal yang berkualiti dan ke arah perindeksan badan-badan tempatan dan antarabangsa.


Instructor Biography

Pusat Pengurusan Penyelidikan

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.