image

'KRISIS' ini membawakan kisah benar mengenai pengalaman yang mendebarkan yang sukar dibayangkan oleh pembaca; dari letupan kereta akibat kemalangan, bas masuk gaung ketika pesta hantu lapar, mayat radioaktif, pesawat yang hampir kehabisan oksigen menjadi wad rawatan rapi, berunding dengan penagih dadah, kecemasan di puncak Gunung Everest dan lain-lain situasi yang menggemparkan. Dalam keadaan cemas itu ada juga saat-saat lucu dan dramatik, namun berakhir dengan selamat dan sempurna. Semoga pembaca mendapat inspirasi daripada kisah-kisah ini untuk berfikir secara rasional dan kreatif apabila berada dalam situasi genting.


Instructor Biography

Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose adalah Pakar Perunding Perubatan Kecemasan dan Trauma dan telah berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia selama lebih 20 tahun. Beliau berasal dari Alor Setar, Kedah. Beliau lulus pengajian perubatan MBBS dari Universiti Malaya. Beliau menamatkan pengajian Sarjana Perubatan Kecemasan dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Pengurusan Teknologi Maklumat dari UNITAR dan European Master in Disaster Medicine dari University of Eastern Piedmonte, Itali. Beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens dari Universiti Malaya dan lulusan Doktof Falsafah dari Universiti Teknologi MARA. Selain dari tugas beliau di hospital, beliau pernah dilantik sebagai doktor peribadi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14 selain berkhidmat sebagai doktor ekspedisi bagi pendaki-pendaki Everest. Selain daripada bertugas di hospital, beliau gemar menulis puisi dan bermain gitar pada masa lapang. Kini beliau menetap di Ampang Jaya, Selangor bersama isteri dan seorang anak perempuannya.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.