image

Antologi ini mengandungi cerpen-cerpen tentang psikologi kanak-kanak yang ditulis oleh para pengarang terkenal tanah air.  Cerpen-cerpennya mengisahkan suka duka kanak-kanak dalam menghadapi ibu bapa, guru, rakan sebaya dan ahli-ahli masyarakat dalam kehidupan sehari-hari mereka.  Buku ini amat baik untuk para guru pelatih, guru, ibu bapa, para pendidik, pegawai-pegawai pendidik dan para peminat bidang pendidikan. Adalah disarankan agar buku ini menjadi bahan dan kajian di fakulti-fakulti pendidikan dan maktab-maktab perguruan.


Instructor Biography

Dato' Prof. Dr. Mohd Yusof Hasan berkecimpung dalam dunia pendidikan selama lebih 40 tahun: sebagai guru sekolah rendah, sekolah menengah, tutor, pensyarah, profesor madya dan profesor. Beliau pernah dianugerah Tokoh Guru Kedah dan pernah bertugas di Universiti Sains Malaysia (USM). Universiti Utara Malaysia (UUM). Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kini beliau adalah profesor bidang pemikiran di Fakulti Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak Darul Ridzuan.

Copyright © 2022 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.