image

Buku ini memberi pendedahan kepada pembaca tentang kajian tindakan sebagai penyelidikan asas di sekolah serta memperkenalkan kepada pembaca apa itu kajian tindakan, apa tujuan penyelidikan tindakan, apa kepentingan dan bagaimana pelaksanaannya. Selain itu, buku ini membantu pembaca membuat refleksi sehingga mampu merancang penyelidikan tindakan bagi menambahbaik pengurusan sekolah mahupun di dalam bilik darjah. Buku ini ditulis oleh penulis yang berpengalaman dan berlatar belakangkan pendidikan. Bahasa yang digunakan mudah difahami dengan gaya persembahan yang ringkas dan padat agar dapat meningkatkan tahap kefahaman dan minat pembaca terhadap kajian tindakan. Dengan itu, buku ini dapat menjadi rujukan utama, khususnya kepada pendidik yang ingin menjadi penyelidik kajian tindakan untuk menambahbaik pengajaran sesuai dengan profesionalisme keguruan.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr. Norazilawati Abdullah merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. Beliau mengajar kursus-kursus profesional pendidikan dan sangat aktif menjalankan penyelidikan konvensional serta kajian tindakan yang menyumbang kepada pendidikan di Malaysia. Selain menulis buku, penulis banyak menulis artikel jurnal berimpak tinggi berkenaan penyelidikan dalam bidang pendidikan. Karya-karya beliau juga banyak disiarkan di dalam akhbar dan majalah. Penulis juga merupakan ketua editor bagi Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia. Setelah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia pendidikan, selain guru dan pensyarah, beliau juga pernah menyandang jawatan Penyelaras Pendidikan Sekolah Rendah, Penyelaras Penerbitan dan terkini Timbalan Pengarah di Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC, UPSI).

 

Profesor Madya Dr. Noraini Mohamed Noh merupakan mantan pensyarah di Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. Lebih 30 tahun berkhidmat sebagai pendidik. Banyak kajian yang dihasilkan berkaitan pendidikan khususnya teknologi instruksional dan menghasilkan banyak modul pendidikan yang menjadi panduan serta rujukan guru di sekolah. Walaupun kini beliau secara rasminya telah bersara dari perkhidmatan awam, namun cinta beliau kepada ilmu tidak padam dan beliau masih terus aktif berkarya untuk perkongsian dengan warga pendidik.

 

Profesor Madya Dr. Siti Rahaimah Ali merupakan Ketua Jabatan di Jabatan Pengajian Pendidikan, Fakulti Pembangunan Manusia, UPSI. Berpengalaman hampir 30 tahun dalam bidang Pendidikan dan telah menghasilkan banyak buku yang menjadi rujukan ramai. Beliau juga telah memenangi banyak anugerah inovasi pengajaran sama ada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Anugerah paling berprestij yang pernah diperoleh adalah Anugerah International Education Award (IEA) pada tahun 2018 di mana IEA bertujuan menghargai usaha sumbangan beliau dalam bidang pendidikan dan turut menyumbang ke arah pencapaian masyarakat.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.