image

Buku ini dihasilkan untuk membantu pembaca terutamanya daripada kalangan pelajar sekolah, guru sekolah, pelajar institut pengajian tinggi dan orang perseorangan yang ingin mendalami asas reka bentuk Elektrik, Elektronik dan Mekatronik.


Kelebihan Buku Anda Cool Dengan Simulasi ini:
• Pendedahan kepada editor litar interaktif dan penghasilan simulasi dengan cara paling mudah, lengkap dan teratur.
• Padat dengan ilustrasi dan penerangan langkah demi langkah yang tersusun yang disertakan bagi pelbagai contoh praktikal untuk membolehkan pembaca meneroka, menghasilkan pelbagai jenis litar dan mengaturcara projek maya dengan menggunakan komponen-komponen simulasi.
• Pelbagai variasi contoh dan latihan diberikan mengikut Kurikulum Standard Sekolah Menengah untuk memudahkan pembaca terutamanya guru dan pelajar memahami dan mengaplikasi teori yang dipelajari melalui simulasi.
• Rujukan video turut disertakan untuk membantu pembaca dengan memberi maklumat lanjut tentang proses simulasi.

Justeru, buku ini sesuai dijadikan panduan untuk proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi, Reka Cipta, Fizik dan mata pelajaran lain yang mengandungi topik berkaitan Elektrik, Elektronik dan Mekatronik. Pastinya ia adalah langkah terbaik untuk memulakan pembelajaran yang menyeronokkan dan berkesan mengenai litar elektrik,elektronik dan mekatronik!!!


Instructor Biography

Bahbibi Rahmatullah, Suzani Mohamad Samuri dan Mad Helmi Ab. Majid adalah pensyarah di Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Mereka terlibat dalam program Sarjana Muda Pendidikan (Teknologi Reka Bentuk Berkomputer) Dengan Kepujian dan secara purata berpengalaman mengajar mata pelajaran berkaitan elektrik, elektronik dan mekatronik lebih dari 10 tahun.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.