Asas Kemahiran Jawi: Evolusi Tulisan Jawi dan Seni Khat
Sejarah kedatangan tulisan Jawi di Nusantara telah membuktikan keagungan Tulisan Jawi dan Seni Khat yang mana merupakan salah satu medium membawa perubahan ketamadunan bangsa. Oleh yang demikian, kaedah mempelajari tulisan Jawi dan pada masa yang sama menguasai Seni Khat melalui cara mempraktikkannya dengan betul telah disesuaikan dalam buku ini. Pada susunan bab turut menterampilkan sejarah supaya kupasan isu menjadi lebih ekslusif serta pembaca turut dilatih tubi dengan menulis dan membunyikan secara betul lagi efektif.
Instructor Biography
Makmur Harun dilahirkan di Simbur Naik, Provinsi Jambi. Merupakan graduan dari Pondok Moden Darussalam Gontor, Ponorogo, Jawa Timur serta mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sulthan Thaha Syaifuddin, Provinsi Jambi, Indonesia. Seterusnya memiliki Ijazah Sarjana dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), manakala Doktor Falsafah dari Universiti Malaya (UM). Beliau sekarang bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penulis juga bergiat aktif dalam mengkaji, meneliti, menulis, melukis dan mencipta karya seni khat Jawi serta sering terlibat dalam pelbagai penganjuran aktiviti dan pameran kesenian Jawi.
Nur Faaizah Md Adam dilahirkan di Hospital Besar Ipoh, Perak. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memiliki Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Kini beliau bertugas sebagai Pensyarah Kanan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Penulis juga bergiat aktif dalam penyelidikan, penelitian, penulisan dalam bidang bahasa Melayu yang merangkumi Sosiolinguistik, Tulisan, Pengajaran dan Kemahiran Jawi.
Related Courses
Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.