image

Masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa dan agama mahupun tahap ekonomi atau pendidikan. Stigma dan salah faham dalam kalangan masyarakat menyebabkan individu yang mengalami masalah kesihatan mental tidak tampil mendapatkan bantuan profesional yang mereka perlukan. Bagi menangani masalah ini, semua pihak berkepentingan perlu bekerjasama untuk mendalami nilai dan komitmen yang diberikan kepada kesihatan mental, membentuk semula persekitaran yang mempengaruhi kesihatan mental, mengukuhkan sistem pengurusan kesihatan mental dan mempertingkatkan kualiti perkhidmatan rawatan, bantuan dan sokongan pesakit.

Buku Pengendalian dan Pengurusan Kesihatan Mental Pelajar ini diwujudkan bertujuan memastikan pengurusan masalah kesihatan mental dalam kalangan warga Universiti khususnya para pelajar ditangani dengan cekap, menyeluruh dan berkesan. Penerbitan buku ini adalah antara inisiatif pihak Universiti untuk melahirkan graduan yang sihat fizikal dan mental, mampu mencapai kecemerlangan seterusnya menyumbang kepada pembangunan diri, masyarakat dan negara.


Instructor Biography

Jawatankuasa Pengurusan Kesihatan Mental UiTM telah ditubuhkan pada bulan Mei 2019 atas inisiatif Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM bertujuan untuk memastikan perkhidmatan berkaitan kesihatan mental warga adalah cekap, komprehensif dan berkualiti. Naib Canselor adalah Penasihat kepada jawatankuasa ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor HEP. Jawatankuasa ini digerakkan oleh dua pusat utama di bawah HEP iaitu Pusat Kesihatan bersama Pusat Kerjaya dan Kaunseling dengan sokongan padu Pusat Residensi dan Hospitaliti Pelajar (HEP), Bahagian Hal Ehwal Akademik, Bahagian Hal Ehwal Islam dan Polis Bantuan; serta mendapat rujukan dan pandangan pakar khususnya dari Jabatan Psikiatri dan Jabatan Perubatan Primer, Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.