image

Asas Pengaturcaraan Web Menggunakan HTML, JavaScript, PHP dan MySQL ditulis dalam bahasa Melayu untuk memudahkan pelajar-pelajar memahami asas pengaturcaraan web berpandukan pangkalan data dengan lebih cepat. Diharapkan buku ini digunakan sebagai panduan atau rujukan oleh pelajar-pelajar dalam jurusan Teknologi Maklumat / Sains Komputer untuk membina Sistem Maklumat berasaskan web dan berpandukan pangkalan data. Tajuk-tajuk dalam buku ini diberikan penerangan secara bergambar agar pembaca dapat memahami dengan lebih mudah dan cepat. Susunan tajuk-tajuk juga adalah berdasarkan kepada proses untuk menghasilkan sistem berasaskan web dan berpandukan pangkalan data. Buku ini juga menggunakan konsep contoh membina Sistem Maklumat berasaskan web, agar pembaca dapat menjadikan panduan untuk membina Sistem Maklumat berasaskan web yang lain.


Instructor Biography

Muhammad Modi Lakulu, merupakan Profesor Madya di Jabatan Komputeran, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Sarjana Kejuruteraan Perisian dari University of Bradford, UK dan Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Beliau aktif dalam penulisan dan telah menghasilkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan bahasa pengaturcaraan dan pangkalan data yang diterbitkan oleh Pejabat Karang Mengarang (Penerbit UPSI). 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.