image

Buku ini mengandungi prinsip-prinsip yang tidak lapuk dek masa yang telah dipakai oleh mereka yang sudah berjaya. Prinsip-prinsip ini bukan hanya membantu mereka berjaya tetapi mampu membantu anda meningkatkan pendapatan anda dan membantu anda merasai kegembiraan yang lebih dalam kehidupan anda.


Goals/Objectives

Antara perkara menarik yang terkandung dalam buku ini adalah:

1. Bagaimana mengamal prinsip-prinsip kehidupan supaya apa yang anda mahukan menjadi kenyataan.

2. Perucapan Umum (Public Speaking) yang merangkumi 3 bahagian penting. Dua daripadanya adalah perkara yang asas iaitu penyediaan bahan dan penyampaian bahan. Bahagian ketiga adalah mengenai peribadi penyampai iaitu persediaan diri penyampai.

3. Pengurusan Emosi - bagaimana menggunakan emosi untuk memaksimumkan kehidupan dan pilihan.

Instructor Biography

PETER DE RUN ialah seorang penceramah dan pakar motivasi yang hebat. Beliau telah menulis lebih 10 buku dan sering diundang sebagai pengajar dan penceramah.

Seminar dan bengkel beliau bersifat motivasi dan menyajikan panduan untuk kehidupan yang berjaya. Beliau bersama isteri dan anak perempuannya menetap di Kota Samarahan, Sarawak.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.