image

Susah sakit, penganiayan dan diskriminasi serta kesengsaraan adalah lumrah hidup. Ramai di antara kita tidak tahu dan tidak berjaya menangani musibah-musibah ini apabila ia melanda. Kita tidak mahu ditindas dan dikalahkan oleh kesusahan hidup. Kita mahu mengatasinya. Kita mahu jadi pemenang dalam setiap cabaran hidup!

Buku ini mengandungi prinsip-prinsip penting yang anda mesti tahu dan amalkan jika mahu menang setiap kali kesusahan datang melawat. Buku ini menyentuh cara anda berfikir, sikap dan pandangan yang perlu serta beberapa amaran. Dapatkan buku ini dan berhenti menjadi mangsa musibah. Sebaliknya jadi PEMENANG DALAM HIDUP.


Goals/Objectives

Buku ini ditulis untuk menyentuh lima aspek penting yang mesti diberi perhatian jika anda mahu mengatasi susah sakit hidup yang melanda kita semua. Prinsip-prinsip berkesan ini dipetik dari surat Yakobus, yang ditulis kepada umat Kristian awal yang sedang mengalami kesengsaraan yang teruk.

Dalam buku ini anda akan belajar:

  • Pentingnya memiliki perspektif yang betul tentang cubaan-cuban hidup
  • Bagaimana menangani diskriminasi dan penindasan kerana miskin
  • Kuasa kata-kata anda dan bagaimana menggunakannya dengan betul
  • Bahaya keinginan yang salah dan sikap yang betul tentang memiliki apa yang diingini
  • Kunci penting apabila kesengsaraan dialami

Tahu dan praktikkan prinsip-prinsip ini dan anda tidak lagi jadi mangsa musibah tetapi PEMENANG DALAM HIDUP!

Instructor Biography

Menjadi pastor apabila berumur 19 tahun dan telah berpengalaman lebih 30 tahun khususnya antara orang muda. Memiliki Sarjana Muda dalam Teologi dan Sarjana dalam Pendidikan Agama. Seorang penulis prolifik, sekarang telah menghasilkan lebih 10 buah buku termasuk Kita Cinta Bijak dan Menyemai Benih. Popular sebagai penceramah dan pakar motivasi kerana ajaran-ajarannya yang mudah, bersemangat dan provokatif. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Beliau adalah pastor Summer City Church, sebuah gereja injili karismatik tidak berdenominasi di Desa Ilmu, Kota Samarahan, Sarawak.

Reviews

  • image

    Deisyka VSI

    this book really inspired me..tq writer!

    19/09/2018 11:29:24

  • image

    Jacqueline Joseph

    Power

    17/06/2018 23:01:32

  • image

    Eson Osaka

    Very Awesome this ebook

    05/06/2018 00:35:35

Average Rating

5
Course Rating

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.