image

Buku Pasukan F PDRM VS Komunis ini menyingkap kembali tentang strategi dan taktikal Parti Komunis Malaya (PKM) dalam melancarkan pemberontakan bersenjata di Semenanjung Tanah Melayu. Selain itu, buku ini juga mengangkat Pasukan F sebagai pasukan kecil dengan motto “Hanya yang Berani” tetapi dirahsiakan dari pengetahuan umum sejak mula ditubuhkan. Matlamat Pasukan F sejak ditubuhkan ialah mengesan hubungan antara pertubuhan bawah tanah PKM dengan tenteranya di hutan. Pasukan F telah berjaya menawan keseluruhan pasukan pemberontak komunis di seluruh Malaysia. Inilah pasukan yang berjaya menghapuskan ancaman komunis di negara kita selama lebih 41 tahun sejak selepas perang Dunia ke-2. Suatu kisah kerjayaan sebuah pasukan yang sangat cemerlang dan terbilang. Semoga kisah Pasukan F ini dapat menjadi bahan bacaan sejarah untuk anak bangsa.


Instructor Biography

Dr Roslam Muhamad merupakan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan. Beliau memperoleh Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Sejarah Malaysia di Universiti Pendidikan Sultan Indris (UPSI). Beliau pernah menghasilkan sebuah buku yang bertajuk Keganasan Komunis dan Kesannya Pada Zaman Darurat 1948-1960 di Daerah Hulu Langat Selangor. Kini, beliau masih lagi berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya Banting, Kuala Langat, Selangor.

Profesor Dr Haji Ishak Saat merupakan anak kelahiran Sitiawan, Perak. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pendidikan melebihi 30 tahun, sejak 1998. Pernah bertugas sebagai Pensyarah Cemerlang di Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus Tuanku Bainun, Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia, Pengarah, Muzium Pendidikan Nasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (2010-2011). Kini merupakan Profesor di Jabatan Sejarah, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Beliau juga merupakan Profesor Kunjungan di Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia dari 31 Disember 2017 hingga 31 Julai 2018. Beliau aktif menghasilkan buku-buku ilmiah dalam bidang Sejarah Malaysia dan hasil karya beliau telah melebihi 40 buah buku. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.