image

Usia puisi Melayu moden melewati usia 72 tahun. Usia ini masih muda berbanding dengan sejarah puisi moden di Barat atau beberapa buah negara di Nusantara. Meskipun begitu, pengalaman puisi Melayu moden di negara ini sudah menggambarkan kematangannya setanding dan seiring dengan pengalaman puisi moden di tempat-tempat lain. Menjadi kemestian kepada para pencinta sastera Melayu mempelajari dan memahami sejarah ini bukan sekadar untuk menambah ilmu, tetapi juga asas kepada usaha memperkasakannya dalam apa jua bentuk wacana. Buku kecil ini menyusuri sejarah dan pengalaman yang dilalui oleh puisi Melayu moden di negara ini bermula pada awal pertumbuhan dan perkembangannya hingga ke tahun-tahun awal abad ke-21 bagi melengkapkan sebahagian daripada keperluan usaha tersebut.


Instructor Biography

Abdul Halim Ali berasal dari Merchang Terengganu. Berkelulusan Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dan Sarjana Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia serta  Diploma Pendidikan/KPLI, Institut Bahasa Kuala Lumpur. Beliau banyak menghasilkan karya puisi dan rencana sastera. Puisi dan rencana beliau banyak tersiar di akhbar-akhbar seperti Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Utusan Melayu, Buletin Utama dan akhbar Era Baru. Beliau pernah menjadi penyumbang tetap ruangan Sastera dan Budaya akhbar WATAN (sebelum akhbar itu tamat penerbitannya). Karya puisi beliau juga banyak tersiar di dalam majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Tamadun, Al-Islam, Muslimah, Tunas Cipta, URTV dan majalah Ruhaniyyah terbitan JAKIM. Beliau menganggotai Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP) dan banyak kertas-kertas kerja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), persatuan-persatuan penulis dan sekolah-sekolah.

Kumpulan puisi persendirian beliau ialah Permintaan Alam (2000) dan Citra Kehidupan (2004). Beliau turut menyelenggarakan sajak-sajak penyair SITC dalam antologi Balada Suluh Budiman (2002) dan Kumpulan Esei Bahasa dan Sastera (2002) di samping buku beliau berjudul Bingkisan Sastera (2003).

Abdul Halim pernah bertugas sebagai guru di beberapa buah sekolah di Sarawak, Terengganu dan Pahang. Kini beliau bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.