image

Buku ini mempunyai tiga bahagian utama, iaitu bahagian pengenalan tentang penjenamaan dan logo, diikuti dengan bahagian penerangan tentang elemen-elemen yang terdapat pada sesuatu rekaan logo dan akhirnya panduan asas dalam menghasilkan logo bagi produk atau jenama sendiri. Setiap dari bahagian dalam buku ini saling berkait rapat di antara satu dengan yang lain. Dalam menghasilkan rekaan logo bagi produk atau jenama kita, sudah pasti kita perlu mengetahui serba sedikit tentang logo itu sendiri. Tanpa pengetahuan asas tentang logo, agak sukar untuk kita memahami disiplin penghasilan logo. Kedua, setelah mempunyai sedikit info atau pengetahuan tentang logo, kita juga harus mengetahui elemen-elemen atau komponen yang ada pada sesuatu rekaan logo itu. Dalam erti kata lain, kita harus mengetahui apakah elemen yang perlu ada dalam penciptaan logo yang baik. Akhirnya, perlu kepada panduan asas yang boleh dijadikan latihan kepada sesiapa yang ingin menghasilkan logo tersendiri. Ini kerana dengan melakukan latihan secara konsisten berpandukan langkah yang telah diberikan pasti akan dapat hasil seperti yang diharapkan.


Instructor Biography

Muhamad Abdul Aziz Ab Gani, penulis yang berasal dari Selangor ini telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam Reka Bentuk Grafik pada tahun 2001 di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Seterusnya, Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Seni (Reka Bentuk Grafik) dan telah tamat pada tahun 2004 di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang. Akhirnya telah menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Seni Lukis & Seni Reka) pada tahun 2015 di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam. Beliau mempunyai pengalaman dalam industri grafik selama lima tahun dan 14 tahun pengalaman mengajar dalam bidang komunikasi visual. Beliau telah dijemput oleh universiti-universiti di negara-negara Asia seperti Nagoya University of the Arts, Jepun, Bahauddin Zakariya University, Pakistan, Jatiya Kabi Kabi Nazrul Islam University, Bangladesh, serta beberapa universiti di Indonesia serta Thailand dalam memberi ceramah serta mengajar subjek dalam bidang kepakaran kepada pelajar-pelajar di universiti tersebut. Mempunyai Start-up Business di bawah Universiti Teknologi MARA dan telah dilantik oleh Bahauddin Zakariya University, Pakistan sebagai penasihat bagi Pusat Pengkomersilan mereka. Selain itu, penulis juga mempunyai jaringan industri terhadap syarikat-syarikat tempatan mahupun luar negara. Penulis juga telah mempunyai produk penyelidikan yang telah dipasarkan diseluruh Malaysia.

Sahrizal Zulkuply, berkelulusan Sarjana Muda Senireka Grafik, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam 2001. Pada tahun 2002 mula terlibat dalam bidang grafik untuk produk, pemasaran, pengiklanan dan komersial. Penulis adalah seorang pereka logo dan grafik identiti, pelatih grafik dan sekarang masih lagi aktif dengan rekaan logo syarikat dan jenama produk serta rekaan grafik untuk bisnes usahawan. Berpengalaman dalam bidang industri grafik dan percetakan selama lapan tahun bekerja dan kemudian bergerak secara freelance lebih tujuh tahun berurusan dengan klien menawarkan perkhidmatan rekaan logo dan grafik secara atas talian sehingga kini. Pada tahun 2017 beliau mula mengadakan bengkel grafik (asas-pertengahan) terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk belajar dan mendalami. Daripada mendapat jemputan slot bengkel grafik pada 2016, personal coaching dan beri bimbingan untuk pereka grafik, juga menawarkan perkongsian ilmu dan pengalaman yang ada melalui video tutorial serta kini mendapat tawaran kolaborasi untuk usahawan atau individu belajar hasilkan logo dan rekaan grafik yang baik.

Asrul Nizuan Ariffin, penulis berkelulusan Sarjana Muda Senireka Grafik (kepujian), Universiti Teknologi MARA(UiTM), Shah Alam 2001 kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Sastera (seni visual & reka bentuk ), Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 2015. Memulakan kerjaya sebagai pereka grafik bebas pada 2001 selama tiga tahun sebelum berkhidmat sebagai pereka grafik senior di sebuah agensi reka bentuk grafik dan periklanan tempatan selama lima tahun. Pernah berkhidmat sebagai pensyarah seni reka grafik dan media digital selama lima tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Kini berkhidmat sebagai pereka grafik bebas dan perunding dalam reka bentuk grafik dan seni visual di peringkat tempatan dan antarabangsa untuk membantu usahawan, organisasi dan pelajar. Penulis mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam reka bentuk grafik penerbitan laporan tahunan, buku, jurnal, katalog pameran, penjenamaan produk, penjenamaan syarikat, visual ilustrasi, reka bentuk grafik pakaian, reka bentuk pembungkusan, reka bentuk logo dan reka bentuk periklanan.

 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.