Penerbit UiTM has invited you to try Cakna Islami Dalam Pengurusan Alam Sekitar

image

Buku ini membincangkan dimensi Islam berkenaan alam sekitar serta peranan dan tanggungjawab manusia, terutamanya dalam pengurusan alam sekitar, menurut perspektif Islam. Perbahasan turut meliputi pendekatan aplikasi fiqh awlawiyyat dan kaedah fiqh dalam berdepan dengan isu-isu alam sekitar. Selain itu, buku ini juga mengetengahkan konsep pembangunan dan pengurusan bandar dalam Islam. Perbincangan yang mendalam dan padat menjadikan buku ini sangat sesuai dibaca oleh semua golongan masyarakat.


Instructor Biography

MOHD ZAHIRWAN HALIM ZAINAL ABIDIN merupakan Pensyarah Kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UITM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pengajian Islam Kontemporari (Pendidikan Islam) Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Ijazah Sarjana Muda (B.A.) dan Sarjana (M.A.) Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin (Sejarah dan Tamadun Islam).

SHAHRIL NIZAM ZULKIPLI merupakan Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah. Anak pertama dari empat adik beradik ini telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak dan seterusnya ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Agama Rakyat Maahad Al-Islah, Teluk Intan, Perak. Beliau kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di Jabatan al-Quran dan al-Hadith, Universiti Malaya dengan tajaan biasiswa JPA. Seterusnya beliau telah ditawarkan Skim Biasiswa Universiti Malaya (SBUM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Usuluddin dalam pengkhususan bidang hadis dan ICT. Beliau berpengalaman dalam bidang pengajaran apabila dilantik sebagai tutor Jabatan al-Quran dan al-Hadith, APIUM sebelum berkhidmat sebagai pensyarah di UiTM Cawangan Perak.

PAIZ HASSAN dilahirkan di Nilam Puri, Kelantan dan merupakan pensyarah kanan di Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar. Berkelulusan Ijazah Sarjana Syariah dari Universiti Malaya dalam bidang muamalat dan hartanah Islam. Berpengalaman sebagai seorang pendidik selama 14 tahun dan menghasilkan beberapa penyelidikan, buku, artikel, dan lain-lain.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.