Penerbit UiTM has invited you to try Anak Autisme: Terapi dan Sokongan (Edisi Kedua)

image

Anak Autisme: Terapi dan Sokongan Edisi Kedua adalah buku yang dihasilkan bersama-sama tiga orang terapis yang mahir dan berpengalaman dalam tiga bidang yang berbeza iaitu psikologi, bahasa dan pertuturan serta cara kerja. Edisi kedua ini membawa pembaca mengenali kriteria diagnostik gangguan spektrum autisme menggunakan The Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorders (DSM-5). Antara aspek penting yang dihuraikan dalam buku ini adalah berkaitan dengan intervensi tingkah laku, komunikasi serta cara kerja, selain mengetengahkan dua kajian kes yang melibatkan penilaian dan terapi sebagai panduan pembaca. Penulis berharap Anak Autisme: Terapi dan Sokongan Edisi Kedua dapat memberi panduan mengenai penjagaan anak autisme secara menyeluruh kepada ibu bapa, guru-guru, ahli profesional, dan masyarakat umum.


Instructor Biography

 

SAKINAH IDRIS (MAHPC (CP) 00078) merupakan pensyarah di Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Sungai Buloh dan Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Beliau telah dianugerahkan ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan - Psikologi (Kepujian) daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2009. Seterusnya beliau memperoleh ijazah Sarjana Psikologi Klinikal daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 2023, beliau telah menerima ijazah kedoktoran daripada Erasmus University Rotterdam, Netherlands dengan kajian tesis berkaitan keberkesanan PEERS©, program interaksi sosial dalam kalangan remaja autisme. Beliau juga aktif berkongsi ilmu dan membantu kanak-kanak autisme di kliniknya.

 

SHAFIAH ROSLI (MAHPC (SLT) 00221) merupakan pegawai pemulihan pertuturan di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Patologi Pertuturan (Kepujian) daripada Universiti Sains Malaysia pada tahun 2010. Beliau berpengalaman mengendalikan kanak-kanak dengan kesukaran bahasa dan pertuturan di pelbagai lapisan intervensi antaranya di sektor terapi swasta, sekolah antarabangsa dan di hospital universiti. Beliau terlibat dalam pelbagai jenis kajian, perkongsian ilmu termasuklah penglibatan dalam perkhidmatan komuniti seperti saringan kanak-kanak sekolah rendah berkeperluan khas peringkat negeri Selangor.

 

AISYAH AMIRAH HAMDAN (MAHPC(OT)01860) merupakan pegawai pemulihan cara kerja di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM. Beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang Pemulihan Cara Kerja dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pemulihan Cara Kerja (Kepujian) pada tahun 2015. Beliau berpengalaman dalam mengendalikan terapi cara kerja bagi kanak-kanak berkeperluan khas seperti lewat pertuturan, palsi serebrum, sindrom down, autisme, lewat perkembangan, dan masalah pembelajaran. Beliau telah berkhidmat selama tujuh (7) tahun dalam sektor swasta sebelum berkhidmat di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM pada tahun 2022. Beliau juga terlibat dalam sesi perkongsian ilmu dan aktiviti bersama para guru dan murid pendidikan khas di sekolah.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.