image

Buku ini mengupas mengenai kelebihan menggunakan teknik delphi dengan mencari persetujuan pakar untuk membina sebuah modul pengajaran yang berkesan dan pembangunan sebuah model penyelidikan. Buku ini juga membantu penyelidik untuk menggunakan pendekatan delphi dalam proses menjalankan penyelidikan secara lebih sistematik bagi meneroka, menganalisis dan membetulkan fakta tentang tingkah laku manusia dan kehidupan sosial serta interaksi antara alam sekitar dan institusi sosial. Kaedah Delphi mempunyai tiga sifat istimewa iaitu ketelusan, maklum balas terkawal dan analisis statistik berkumpulam. Buku ini terdiri daripada lima bab bermula dengan pengenalan, kelebihan teknik delphi dan diakhiri dengan beberapa contoh artikel yang yang menggunakan teknik Delphi dalam penyelidikan Sains Sosial. Dua teknik yang difokuskan dalam buku ini dalah teknik Delphi Terubah Suai dan teknik Fuzzy Delphi. Prosedur menjalankan kajian, interpretasi data, aplikasi pengiraan statistik yang bersesuaian bagi teknik ini dan analisis data juga dihuraikan secara terperinci. Buku ini sesuai dijadikan sebagai rujukan dan diharapkan dapat memberi manfaat kepada pelajar serta penyelidik baharu yang masih mencari pendekatan yang boleh membantu penyelidikan mereka.


Instructor Biography

Profesor Madya Dr Arasiah Kamis adalah pensyarah di Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universit Pendidikan Sultan Idris. Bidang kepakaran beliau adalah dalam Ekonomi Rumah Tangga. Beliau adalah pengarang, pengarang bersama dan penyunting beberapa buku dan bab buku dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. Minat penyelidikannya tertumpu pada Kemahiran Hijau & Teknologi Hijau Di Sekolah, Kelestarian Pakaian, Penggunaan Fesyen Lestari dan Kompentensi Seni Reka Fesyen. Beliau juga pakar dalam bidang penilaian dan pengukuran iaitu Rasch Measurement Model & Structural Equation Modeling.

 

Dr Amarumi Alwi kini bertugas sebagai guru mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi (RBT) di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban, Negeri Sembilan. Beliau menamatkan PhD dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2019. Bidang kepakarannya adalah membangunkan modul pengajaran dan penyelidikan kuasi. Penyelidikannya tertumpu kepada kemahiran hijau dan kelestarian dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Beliau telah menghasilkan modul bertajuk Pengajaran Kemahiran Hijau Tahun Lima (Hak Cipta: DRLY00023194) dan telah memenangi  Anugerah Pingat Gangsa dalam Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (Pencipta) pada tahun 2019.

 

Dr Busrah Limuna Hj Ismail bertugas sebagai Penolong Pengarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia di Pusat Perkembangan Latihan (PPL) di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang kewangan dan sarjana dalam pengurusan pendidikan dan PhD dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2019. Bidang kepakaran beliau adalah pembangunan model dan pengurusan pendidikan.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.