image

Isi kandungan buku ini berkaitan dengan apresiasi dan kritikan seni visual. Ia mengupas persoalan yang jarang diperkatakan. Tulisan ini juga ada yang pernah disiarkan dalam beberapa penerbitan seperti majalah Dewan Budaya, Anjung Seni dan fantasi. Namun begitu bagi memantapkan isi kandungannya penulis telah melakukan beberapa penyesuaian dengan keizinan penerbitan asalnya. Bagi memudahkan rujukan, penulis telah menyediakan gambar dan ilustrasi yang menarik. Ini akan dapat meningkatkan bagi kefahahaman para pembaca bagi mengikuti buku ini dengan lebih berkesan lagi. Buku ini amat sesuai untuk dijadikan rujukan bagi para pelajar sekolah menengah, institut perguruan, universiti, para pendidik seni visual, pelukis dan peminat seni tanah air. Ia boleh juga dijadikan sumber rujukan terpenting serta dapat menambahkan lagi khazanah seni lukis negara di samping menyumbang ke arah memartabatkan lagi seni lukis tanah air. 


Instructor Biography

Mohd Johari Ab. Hamid atau nama pena Mohadry A.H, dilahirkan di Kg. Simpang Tiga Pasir, Merbok, Kedah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bujang (1963-66) dan Sekolah Kebangsaan Merbok (Pusat) (1966-68). Kemudian ke Sekolah Menengah Merbok (1969-75). Pernah berkhidmat dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (1977-82). Kemudian menyambung pendidikan dalam bidang Pendidikan Seni Visual di MPSI (1982-84). Mendapat Ijazah Sarjana Muda (Fine Art) (1993) di UiTM. Kemudian memperoleh M.A. (Art and Design Education) dari De Montford University, Leicester, UK/UiTM (1998). Meneruskan pengajian hingga ke peringkat Ph.D. di UiTM, Shah Alam (2000-2008). Mula menceburi bidang penulisan sastera dan budaya sejak tahun 1973. Menulis cerpen, puisi, drama TV, drama radio dan novel kanak-kanak, remaja dan dewasa. Menulis artikel untuk pelbagai majalah dan akhbar tempatan. Aktif menulis dan membentang kertas kerja yang berkaitan dengan sejarah seni, kritikan seni tampak Malaysia di Fakulti Seni dan Muzik, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Antara buku seni yang telah dihasilkannya ialah Asas Seni Visual, Falsafah dan Kritikan Seni dan Pendidikan Seni Visual. Beliau telah dianugerahi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1997.

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.