image

Setiap bangsa di dunia mempunyai kebudayaan masing-masing. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup yang diamalkan secara berterusan oleh warga sesuatu bangsa. Amalan tersebut akan menyerlahkan jati diri bangsa itu. Bagi bangsa Melayu, mereka bertutur dalam bahasa Melayu; menganut agama Islam; mengamalkan gotong-royong dan kaya dengan sopan santun. Kesemuanya terpancar jelas dalam karya-karya kesusasteraan yang merupakan sebahagian daripada budaya mereka. Penelitian terhadap genre-genre dan sub-sub genre yang tergolong dalam kategori Prosa Melayu Klasik menampakkan kewujudan unsur-unsur tersebut. Oleh sebab itu, amat penting bagi umat Melayu melestarikan khazanah yang mendokumentasikan imej mereka yang cemerlang dan dikagumi suatu masa dahulu. Pelestarian itu amat perlu untuk menyuntik semangat juang bagi menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam dunia tanpa sempadan yang sedang dihadapi seluruh warga dunia pada masa ini. 


Instructor Biography

Drs. Harun bin Jaafar dilahirkan di Relau, Kedah pada 4 Februari 1950. Menerima pendidikan guru di Maktab Perguruan Harian, Johor Bahru. Mengajar di Pahang, Terengganu dan Selangor selama 25 tahun. Memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (dalam bidang bahasa dan sastera Indonesia) dari Universitas Nasional Jakarta; Ijazah Sarjana Muda Persuratan (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Berkhidmat sebagai pensyarah Kesusasteraan Melayu Klasik; Teori Kesusasteraan, Penilaian dalam Kesusasteraan Melayu; Kesusasteraan Awal Kanak-kanak; dan Pengajaran Kesusasteraan Sekolah Rendah di Jabatan Kesusasteraan Melayu dan Jabatan Pendidikan Sekolah Rendah, Universiti Pendidikan Sultan Idris sejak tahun 1998. Beliau telah menulis dan menyunting puluhan buku rujukan dan ilmiah seperti Kamus KBSR, Cerita Raja Sore, Hikayat Amir Arab, Wacana Kesusasteraan Melayu Klasik, Esei Bahasa dan Kesusasteraan serta Kritikan Sastera. 

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.