image

Menelesuri Akar Nurani: Catatan Kembara Sastera UPSI 2003 merupakan nukilan rasa dan sentuhan jiwa hasil pengembaraan dua puluh lima orang warga Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjong Malim, Perak amnya dan para pensyarah serta pelajar Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa khususnya.

Matlamat Kembara Sastera ini adalah untuk memartabatkan UPSI sebagai pusat kegemilangan kesusasteraan Melayu sementara objektifnya ialah untuk memperkenal dan mengetengahkan peranan UPSI sebagai pusat pengajian terulung dalam pendidikan; memperkenal dan mengetengahkan peranan UPSI sebagai pusat perkembangan dan pusat pengajian kesusasteraan Melayu; merapatkan hubungan UPSI dan Jabatan Kesusasteraan Melayu dengan kerajaan­kerajaan negeri dan institusi yang berkaitan dengan kesusasteraan Melayu khususnya dalam memaju dan mendaulatkan martabat kesusasteraan Melayu; dan memperluaskan rangkaian informasi yang boleh menyumbang kepada peningkatan usaha untuk memajukan dan memperluaskan peranan kesusasteraan Melayu.

Buku ini sangat berguna sebagai bahan rujukan kepada para pelajar di institusi pengajian tinggi, maktab perguruan, sekolah menengah dan para pengkaji serta peminat sastera yang mahu meneliti unsur-unsur budaya dan sastera Melayu di negeri-negeri yang dilawati, iaitu Melaka, Pahang, Tercngganu, Kelantan dan Perak.

Disajikan juga peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amnya dan Jabatan Sastera DBP khususnya secara terperinci tentang usaha-usaha untuk melaksanakan program pneyelidikan sastera dan program pembinaan sastera tanah air. Buku ini turut menelesuri fungsi lnstitut seni Malaysia Melaka (ISMMA) dan Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) serta persatuan-persatuan penulis negeri seperti Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KAI.AM), Dewan Persuratan Melayu Pahang (DPMP), Pcrsatuan Sasterawan Muda Terengganu (PELITA), Persatuan Penulis Kelantan (PPK), dan Persatuan Penulis Perak (Karyawan Pk) dalam menyemarakkan kegiatan sastera dan budaya di negeri masing-masing. Di samping itu, perkara yang paling nostalgis ialah catatan suka duka kehidupan penyair tersohor Allahyarham J.M Aziz, dan novelis terkenal Di Bawah Alunan Ombak, iaitu A. Rashid Ngah. 


Instructor Biography

Penyelenggara: Ab. Rahman Ab. Rashid dan Talib Samat

Copyright © 2024 MindAppz Sdn Bhd. All rights reserved.