Inspirasi Kehidupan Rasulullah S.A.W.

by Kemilau Publika Sdn Bhd

0 ( 0 ratings )
  • ( 84 )
RM 12.00


Nabi Muhammad S.A.W. diutuskan oleh Allah SWT sebagai pembawa mesej Islam kepada seluruh umat manusia. Baginda S.A.W berperanan memberi tunjuk ajar kepada manusia mengenai tatacara untuk mereka menjalankan kehidupan dengan kaedah yang terbaik di atas dunia ini. Selain itu tugas baginda ialah membersihkan hati-hati mereka agar ia suci daripada sebarang perbuatan syirik, kurafat, dan dosa.

Oleh yang demikian, setiap perkataan, perbuatan, gerak-geri, perlakuan, dan pengiktirafan daripada Nabi adalah menjadi suri tauladan bagi setiap Muslim yang mahu menjalankan hidup dengan berlandaskan kepada kebenaran.

Allah SWT berfirman, "Tidaklah dia (Muhammad) mengucapkan sesuatu daripada hawa nafsunya, bahkan sesungguhnya dia mengucapkan wahyu dan diberikan kepadanya." (An-Najm: 3-4 )

Makan dan minum merupakan keperluan asasi bagi manusia. Ia adalah faktor kelangsungan hidup seorang insan. Oleh itu, Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan kepada kita khazanah yang bernilai, iaitu panduan, pedoman, dan peraturan bagi seseorang Muslim apabila dia berhadapan dengan hidangan makanan.

Dr. Iman Zuki merupakan anak kelahiran Alor Setar, Kedah. Mendapat pendidikan di Fakulti perubatan, Universiti Malaya. Kini beliau bertugas sebagai Pegawai Perubatan (doktor) Hospital Kuching, sarawak.

Wan Ji Wan Hussin adalah anak kelahirkan Kelantan. Beliau mendapat pendidikan awal di Pondok Lubuk Tapah, Kelantan. Kemudian melanjutkan pelajaran ke Jamiah Faroqiah, Karachi Pakistan dan Universiti Al-Azhar, Mesir. Kini beliau merupakan aktivis dakwah dan sering memberi kuliah dan ceramah di masjid-masjid sekitar Lembah Klang.